16 pasukan berentap rebut Piala Al-Ikhsan

16 pasukan berentap rebut Piala Al-Ikhsan

PENGERUSI AFL, Datuk Yusoff Mahadi (dua dari kanan) dan Ketua Pembangunan Perniagaan Jenama Al-Ikhsan Sports, Anwar Mamtaj ketika sidang media pelancaran Piala Al-Ikhsan di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 pasukan akan berentap dalam Piala Al-Ikhsan anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) bagi merebut dua slot untuk bersaing dalam Liga M3 pada musim hadapan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Piala Al-Ikhsan yang sebelum ini dikenali sebagai Liga M4 akan bermula pada 3 Jun ini dan akan berakhir pada September depan.

Beliau berkata, bagi format pertandingan, pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan membabitkan tiga zon dan akan bermain dalam liga dua pusingan sebelum tiga pasukan terbaik kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

“Juara dan naib juara Piala Al-Ikhsan ini akan layak untuk beraksi di Liga M3 pada musim hadapan. Kejohanan ini sebenarnya adalah nilai tambah AFL untuk memperhebatkan saingan liga amatur di negara ini.

“Kita juga berterima kasih kepada Al-Ikhsan kerana sudi menjadi penaja utama untuk memeriahkan lagi penganjuran. Peluang beraksi dalam kejohanan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua pasukan.

“Pasukan yang menyertai Piala Al-Ikhsan ini juga dijamin mampu untuk memberi saingan sehingga berakhir kejohanan kerana pemilihan pasukan juga dibuat dengan agak ketat,” katanya dalam sidang akhbar Piala Al-Ikhsan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof berkata, setaipa pasukan yang bertanding dalam Piala Al-Ikhsan juga mendapat sokongan persatuan negeri, sekali gus membuktikan mereka serius untuk mengharungi liga pada musim ini.

“Kita juga memberi jaminan bahawa semua pasukan yang bertanding adalah profesional membabitkan kontrak dengan pemain,. sekurang-kurangnya ada tawaran antara pemain dan pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pembangunan Perniagaan Jenama Al-Ikhsan Sports, Anwar Mamtaj berkata, pihaknya memberikan tajaan hampir RM1 juta kepada AFL pada musim ini merangkumi pelbagai tajaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya