13 pemain import bakal serikan STL 2023

13 pemain import bakal serikan STL 2023

Aekasit Naphom bakal kembali menampilkan kehebatan dalam Liga Sepak Takraw musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Liga Sepak Takraw (STL) 2023 akhirnya kembali selepas lebih setahun menyepi dengan Kuala Kangsar, Perak menjadi gelanggang pembuka tirai bermula 26 Mei hingga 5 Ogos ini.

Selain perubahan lokasi de­ngan Dewan Jubli Perak menjadi lokasi pertama STL berbanding Stadium Titiwangsa di ibu negara pada musim lalu, keha­diran 13 pemain import dari Thailand dan Indonesia dijangka meran­cakkan lagi Liga Premier kali ini.

Bekas pemain sepak takraw kebangsaan yang kini bergelar penyampai Astro Arena, Azlan Abdul Mubin berkata, STL musim ini, dijangka lebih sengit kerana kebanyakan pasukan diperkuatkan dengan pemain import.

“Kita sudah tunggu lama untuk STL kembali selepas musim lalu berakhir pada Mac dan kali ini, saya menjangkakan persaingan lebih menarik kerana kita bakal menyaksikan kelibat beberapa pemain handalan ­seperti Aekasit Naphom, Natthawut Naewprom dan Viktoria Eka Prasetyo.

“Saya difahamkan Aekasit bakal memperkuatkan Penang Black Panthers, manakala, Natthawut dan Viktoria bersama Perak Bison,” katanya kepada Utusan Malaysia.

AZLAN MUBIN

Menurut Azlan, cuma juara bertahan, ATM Guardians, Ne­geri Sembilan Antlers dan KPT-Masum Knights tidak membawa masuk tenaga import, manakala, tujuh lagi pasukan ada mengambil pemain luar.

Ketika ditanya mengenai kehadiran import yang bakal menenggelamkan pemain tempatan, Azlan menjelaskan, pengambilan tenaga import ada pro dan kontranya, tetapi impak positif sepatutnya dirasakan.

“Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri ketika bergelar pemain. Saya dapat berasakan perubahan dalam permainan ketika mendapat bim­bingan jurulatih Thailand.

“Jadi, kita kena positif dengan kehadiran pemain Thailand yang bakal mendominasi senarai import STL kali ini, kita kena banyak belajar daripada mereka terutama dari segi teknikal dan macam mana hendak tingkatkan permainan,” ujarnya.

Mengulas mengenai pasukan yang bakal menyinar musim ini, dia menjangkakan lebih dua pasukan mampu menghadirkan cabaran dengan Penang Black Panthers, Perak Bison, KL Thunders dan ATM Guardians selaku pilihan.

Selain Perak sebagai venue pertama, STL akan menjelajah ke Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan berakhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, manakala, STL Champion Cup yang bakal menarik penyertaan pasukan jemputan dari Thailand, Korea Selatan, Indonesia, Filipina dan Singapura diadakan di Johor bermula 30 Julai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya