United kembali ke tangga ketiga EPL

United kembali ke tangga ketiga EPL

PEMAIN Manchester United meraikan jaringan Scott McTominay (dua, kiri) ketika menentang Everton. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United kembali merampas kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Newcastle United selepas menewaskan Everton 2-0 di Stadium Old Trafford, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga memastikan skuad kendalian Eric Ten Hag mengukuhkan kedudukan untuk layak secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Dalam perlawanan itu anak-anak buah Ten Haq dilihat menguasai babak awal dan usaha mereka terhasil apabila Scott McTominay menyudahkan umpanan Jadon Sancho untuk gol pertama pada minit ke-36.

PEMAIN tengah Manchester United, Marcel Sabitzer melakukan percubaan ke gawang Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam ini. – AFP

Pada babak kedua, Anthony Martial mengukuhkan kedudukan buat United selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford pada minit ke-71 bagi mengesahkan kemenangan 2-0 Red Devils.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh United selepas Rashford mengalami kecederaan pangkal paha yang menyaksikan bintang England itu dibawa keluar pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan United kini mengumpul 56 mata, 16 mata di belakang pendahulu, Arsenal dan tiga mata di depan Newcastle yang jatuh ke tangga keempat.

Everton yang mengalami kekalahan ke-15 musim ini pula kekal di kedudukan ke-16 dengan mengumpul 27 mata selepas mengharungi 30 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya