Trio import terajui kemenangan KL City - Utusan Malaysia

Trio import terajui kemenangan KL City

Pemain Kuala Lumpur City meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2023 antara Kuala Lumpur City menentang PDRM, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur (KL) City sekali lagi berjaya mempertahankan kubu mereka dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus merupakan pencapaian kali keempat tanpa tewas The City Boys dalam aksi Liga Super sepanjang bulan ini selepas merekodkan kemenangan sulung dalam perlawanan menentang Sabah dengan kemenangan 2-0, di padang sama pada 5 April lalu.

Skuad kendalian Bojan Hodak berhasil meledak gol pertama menerusi sepakan Romel Morales pada minit ke-14, sebelum kaptennya, Paulo Josue menambah gol kedua, lapan minit kemudian.

Bersambung pada babak kedua permainan, Tchetche Kipre sempat mencetak jaringan ketiga KL City iaitu hanya tiga minit sebelum aksi tamat, sekali gus mengesahkan kemenangan cemerlang buat kelab naib juara Piala AFC musim lalu itu.

Kejayaan keempat ini menjadikan KL City berjaya menaikkan kedudukan mereka ke tangga keenam dengan jumlah 15 mata keseluruhan selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Meskipun mencipta kemenangan, seorang lagi pemain import KL City iaitu Giancarlo Gallifuoco dan James Okwuosa dari PDRM, masing-masing dikenakan kad merah kerana bergaduh tarik rambut.

Dalam perkembangan sama, PDRM yang sudah pun beraksi dalam 10 perlawanan hanya mampu menempatkan kedudukan di tangga ke-10 dengan jumlah 10 mata.

Pemain Kuala Lumpur City, Kenny Palraj (kanan), mengasak pemain PDRM, Marcus Papee Macauley pada perlawanan Liga Super 2023 antara Kuala Lumpur City menentang PDRM, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya