TMJ kongsi detik cemas jumpa buaya

TMJ kongsi detik cemas jumpa buaya

TMJ bersama keluarga (kiri) dan tangkap layar video yang menunjukkan buaya ditemuinya ketika berenang di hadapan istana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarganya terselamat daripada ‘tetamu tidak diundang’ ketika beriadah di pantai.

Menerusi perkongsian di laman Story Instagramnya semalam, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkongsi cerita yang dilaluinya ketika sedang beriadah.

Katanya, sejam selepas mandi di pantai bersama keluarga, kelihatan seekor buaya sedang berenang di lokasi sama Tunku Ismail mandi sebelum itu.

“Nak ‘share’ cerita sikit. Saya pergi ‘swimming’ depan rumah…

“1 jam kemudian ada sahabat (buaya) lalu,” tulis Tunku Ismail sambil berkongsi gambar buaya itu.

Malah, Tunku Ismail turut berkongsi selepas beberapa hari ‘terserempak’ dengan buaya, datang pula haiwan lain seperti memerang dan burung di kawasan rumah.

“Beberapa hari lepas buaya. Hari ini (semalam) memerang pula datang melawat. Petang tadi burung masuk rumah.

“Macam-macam haiwan datang melawat saya,” katanya sambil meletakkan emoji termenung memikirkan sebab kehadiran tetamu tidak diundang itu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya