Tidak mustahil pulang bersama emas di Paris - Hamidin

Tidak mustahil pulang bersama emas di Paris – Hamidin

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) dan Nicol David (kiri) berswafoto dengan pemain badminton dalam lawatan ke Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik pertama Malaysia di Paris bukan misi mustahil, tegas Chief de Mission (CDM) negara ke temasya Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin yang melakukan lawatan pertama sebagai CDM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam bersama Timbalan CDM, Datuk Nicol David berkata, persiapan kontinjen negara sudah bermula biarpun Olimpik hanya akan berlangsung 500 hari dari sekarang.

Sejak menyertai Sukan Olimpik pada 1956 di Melbourne, kontinjen negara masih belum menghadirkan kilauan emas, dengan pencapaian terbaik adalah di Rio de Janeiro 2016 apabila mereka membawa pulang tiga pingat perak dan satu gangsa.

“Siapa yang kenal saya tahu, apabila saya diberi jawatan ini, saya bukan jenis orang yang kerja separuh hati, saya adalah orang yang sangat positif. Saya akan bekerja sehinggalah hari kemuncak nanti.

“Saya yakin, kalau kita be­kerja keras, Insya-Allah rezeki itu Allah akan bagi, tiada apa yang mustahil.

“Lagipun, kita ada peluang pada 2016 tetapi belum rezeki dan masanya lagi waktu itu. Saya sedar bukan mudah, tetapi kalau kita bekerja keras, tiada apa yang mustahil.

“Saya percaya apa jenis sukan boleh (memenangi emas pertama Malaysia). Namun, saya juga meletakkan sasaran untuk mendapatkan lebih ba­nyak perak dan gangsa,” kata Hamidin.

Hamidin juga menegaskan, beliau tidak hanya akan tertumpu kepada sukan yang mempunyai prospek membawa pulang pingat, malah turut membantu sukan yang berpotensi melayakkan diri ke temasya itu seperti tarian breakdance dan angkat berat.

“Selepas ini saya akan mengadakan lawatan ke sukan lain pula, termasuk terjun, memanah, menembak, pelayaran dan breakdance. Kami akan memantau semua sukan yang sedang mengharungi pusingan kelayakan ke Olimpik dan kita bantu mereka,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya