Terengganu nekad baiki rekod buruk tempat lawan

Terengganu nekad baiki rekod buruk tempat lawan

TOMISLAV Steinbruckner ketika mengendalikan sesi latihan skuad Terengganu FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) nekad membaiki rekod buruk tewas semua tiga perlawanan di tempat lawan ketika berkunjung ke Petaling Jaya untuk bertemu Selangor, malam esok.

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner, berkata, kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah dan Negeri Sembilan itu sudah dilupakan TFC yang kini berada pada prestasi terbaik.

Menurut Steinbruckner, TFC bukan sahaja mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata bahkan mengalahkah Selangor yang turun selaku pasukan tangga kedua Liga Super.

“Walaupun memiliki rekod buruk, TFC mempamerkan corak permainan tersusun dan berhak mengutip mata terutama ketika menentang Kedah dan Negeri Sembilan.

“Selepas empat kemenangan berturut-turut, saya fikir masanya sudah tiba untuk TFC mengutip mata penuh di tempat lawan dengan menjadikan Selangor mangsa pertama.

“Momentum kemenangan ini menaikkan moral pasukan dan barisan serangan TFC harus mengekalkan sentuhan jaringan untuk merealisasikan misi tiga mata,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengendali kelahiran Croatia itu dalam masa sama mengakui lebih selesa turun sebagai pasukan bukan pilihan selepas menduduki tempat keenam, enam mata di belakang skuad The Red Giants.

Steinbruckner bagaimanapun ‘pening’ dihimpit isu kecederaan menimpa pemain pertahanan, Argzim Redzovic dan Shahrul Nizam Roshasni ketika Sardor Kulmatov pula masih 50-50 untuk diturunkan.

Hanya menjadi sandaran Sang Penyu untuk aksi malam esok adalah kelibat trio penyerang, Jordan Mintah, Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn bagi terus merobek pintu gol Selangor.

“Bek kanan, Azam Azmi Murad juga meminta untuk dikeluarkan dalam perlawanan sebelum ini. Jadi saya perlu membuat keputusan penting di bahagian benteng.

“Kami tahu kualiti dalam pasukan Selangor namun keyakinan memuncak pemain-pemain saya terutama jentera serangan diharap memisahkan kedua-dua pasukan.

“Corak permainan Selangor juga sudah dikaji dan TFC berkelebihan sehari untuk membuat persiapan berbanding pasukan lawan. Itu juga boleh menjadi faktor kemenangan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya