Sri Pahang hampir dikejutkan PDRM FC

Sri Pahang hampir dikejutkan PDRM FC

Azrif Nasrulhaq menanduk bola mengeluarkan daripada kawasan bahaya.-IHSAN SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sri Pahang dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan PDRM FC 2-1 dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Turun sebagai pelawat, skuad kendalian Fandi Ahmad tidak menunggu lama untuk menembusi gawang tuan rumah menerusi ledakan Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-18.

Jaringan itu menyuntik semangat Sri Pahang apabila menggandakan kelebihan gol empat minit kemudian dan kali ini menerusi Kpah Sherman sekali gus menjadikan gol keempat peribadinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang sedikit mengendurkan serangan dan peluang itu digunakan PDRM untuk mencipta peluang merapatkan kedudukan.

Usaha pemain PDRM akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-76 menerusi tandukan James Okwuosa.

Begitupun, gol itu tidak mampu menyekat kemenangan ketiga Sri Pahang musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya