Selangor FC kekal 'raja' Lembah Klang

Selangor FC kekal ‘raja’ Lembah Klang

Pemain Selangor FC, Faisal Halim (dua kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang KL City sebentar tadi. - Foto FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harapan peminat bola sepak di sekitar Lembah Klang untuk menyaksikan pertembungan sengit antara Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Selangor FC tidak menjadi kenyataan.

Ini selepas Selangor FC dilihat begitu selesa untuk membenam cabaran anak buah Bojan Hodak 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras sebentar tadi.

Penyerang Selangor, Ayron Del Valle meledak dua gol manakala pemain sayap Faisal Halim akhirnya membuka akaun jaringan bersama pasukan baharunya itu.

Dalam pertembungan tersebut, KL City FC bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Tchetche Kipre pada minit ke-24.

Namun, kesilapan pemain pertahanan, Kamal Azizi dan penjaga gol, Azri Ghani memberikan dua sepakan penalti kepada Selangor FC mengundang padah buat KL City FC.

Ayron dan Faisal yang mengambil sepakan penalti tenang untuk menyudahkan tugasan yang diberikan untuk anak buah Tan Cheng Hoe bangkit mendahului 2-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua pula menyaksikan Selangor terus mengasak dan menguasai permainan dan akhirnya berjaya mendapatkan gol ketiga sekali lagi menerusi Ayron pada minit ke-53.

Selepas bolos buat kali ketiga, KL City FC dilihat kehilangan punca meskipun Bojan melakukan pertukaran untuk mengubah taktikal bagi mendapatkan gol.

Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan dan anak-anak buah Cheng Hoe kembali ke landasan kemenangan selepas tewas 4-0 kepada Johor Darul Takzim dalam perlawanan kelima.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya