‘Saya dibiarkan terkontang-kanting’

‘Saya dibiarkan terkontang-kanting’

NOR Sarah Adi menghadiahkan pingat emas ke-19 buat Malaysia dalam acara lompat bergalah di Stadium My Dinh, Hanoi tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi meme­nuhi misi mempertahankan pingat emas lompat bergalah wanita pada Sukan SEA Kemboja bulan depan, Nor Sarah Adi terpaksa melanggar ‘larangan’ Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dengan berlatih bersama Mohd. Manshahar Abdul Jalil.

Kata Nor Sarah, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dibiarkan terkontang-kanting sendiri ketika temasya dwi tahunan itu semakin hampir untuk membuka tirai di Phnom Penh bermula 5 Mei depan.

KOM sebelum ini memberi amaran kepada Nor Sarah agar tidak meneruskan latihan de­ngan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Manshahar yang tamat kontrak, Disember lalu atau akan dikeluarkan daripada ­Program Podium.

“Saya tidak kisah, saya rasa semua orang tahu dan tak perlu saya sorokkan lagi sekarang saya akan meneruskan latihan bersama Coach Manshahar.

“Sebulan saya ter­kontang-kanting tiada jurulatih, tiada siapa peduli. Tak siapa pun tanya keadaan saya. Jadi saya suruh saja dia (Manshahar) datang untuk melatih saya, nak buat macam mana,” kata atlet berusia 23 tahun itu.

NOR Sarah Adi ketika memenangi emas lompat bergalah pada Sukan SEA tahun lalu.

Nor Sarah juga mengakui tidak kisah dengan sebarang hukuman yang akan dikenakan, malah dia sudah membuktikan mampu mengekalkan prestasi terbaik di bawah bimbingan Manshahar selepas merekodkan lompatan 4 meter (m) untuk meraih pingat perak pada Kejohanan Jemputan di Taiwan hujung bulan lalu.

“Ada orang kata, prestasi saya di Taiwan boleh menentukan sama ada saya akan beraksi dalam lompat bergalah atau tidak di Sukan SEA, jadi saya tiada pilihan masa itu dan minta Manshahar datang melatih saya.

“Hanya dia tahu ­situasi dan kemampuan saya, masa itu saya tiada siapa-siapa.

“Malah, ada cakap-cakap belakang me­ngatakan saya tak boleh ‘perform’ di Sukan SEA. Jadi, saya perlu buat keputusan ini. Untuk saya dan negara,” katanya

Nor Sarah masih diletakkan sebagai prospek untuk meraih emas berdasarkan prestasinya.

Mengikut statistik terkini, dia berada di kedudukan pertama Asia Tenggara mengatasi ­pesaing terdekat dari Thailand, Chonthicha dan Alyana Joyce Nicholas dari Filipina.

Sebelum berlepas ke Kemboja, Nor Sarah akan menyertai Terbuka Singapura 26 hingga 28 April ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya