Ronaldo buat aksi gusti ala WWE

Ronaldo buat aksi gusti ala WWE

TINDAKAN Cristiano Ronaldo yang ‘mengunci’ tengkuk penyerang Al Hilal, Odion Ighalo menyebabkan dia dilayangkan kad kuning dalam aksi Liga Pro Saudi di Riyadh, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Bintang Portugal, ­Cristiano Ronaldo dilayangkan kad kuning gara-gara mengunci tengkuk pemain lawan ketika pasukannya, Al Nassr tewas 2-0 kepada Al-Hilal dalam Liga Pro Arab Saudi semalam.

Ronaldo, 38, dilihat melakukan tindakan ala gusti WWE itu terhadap penyerang Al-Hilal, Odion Ighalo yang meledak kedua-dua gol kemenangan pasukannya menerusi sepakan penalti.

Ighalo yang pernah me­nya­rung jersi Manchester ­United musim 2020/2021 meledak gol pada minit ke 42 dan 62 untuk membolehkan ­Al-Ittihad me­ngukuhkan kedudukan pendahulu liga dengan 56 mata, tiga mata mengatasi Al-Nassr.

Bagaimanapun peminat ter­kejut dengan kelakuan ­Ronaldo, dan pengadil, ­Michael Oliver yang berpengalaman mengendalikan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris tidak teragak-agak melayangkan kad kuning kepada pemenang Ballon d’Or lima kali itu.

Kerisauan terbesar Ronaldo ketika ini bukanlah kerana kegagalannya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Dia sebaliknya lebih bimbang dengan peluang Al Nassr untuk merangkul kejuaraan liga memandangkan Al-Ittihad mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan.

Selepas 11 perlawanan, ­Ro­naldo berjaya meledak 11 gol dan berada di tangga keenam senarai penjaring Liga Pro ­Saudi musim ini, manakala Ighalo kekal berada di puncak dengan 18 gol setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya