RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 'superstar' tinju

RM1.78 bilion keuntungan himpun 4 ‘superstar’ tinju

PROMOTER tinju cuba merealisasikan pertarungan empat petinju hebat, Tyson Fury, Oleksandr Usyk, Anthony Joshua dan Deontay Wilder pada malam yang sama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Promoter tinju, ­Eddie Hearn mengesahkan rundi­ngan sudah dijalankan bagi mengatur pertarungan tinju heavyweight melibatkan empat bintang ­dunia yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Penganjur berusaha membawakan empat nama besar Tyson Fury (Britain), Oleksandr Usyk (Ukraine), Anthony Joshua (Britain) dan Deontay Wilder (Amerika Syarikat) untuk bertempur pada malam yang sama.

“Rundingan telah dijalankan, di mana ramai mahu melihat Fury menentang Usyk dan AJ (Joshua) bertemu Wilder pada malam yang sama.

“Ia akan menelan belanja besar tetapi itu tetap menjadi pilihan kami, dan kami akan meneruskan rundingan.

“Fokus kami adalah mendapatkan pertarungan mega itu pada Disember.

“Belum ada keputusan rasmi sama ada AJ mahukan pertarungan pada Julai, namun kemungkinan besar ketika ini, ia berlangsung Disember.

“Saya sangat ingin melihat dia berlawan. Saya rasa dia ­ingin bertarung pada Julai tetapi sekarang, kami tidak akan bertemu lawan yang mahu beraksi pada Julai,” kata Hearn.

Anthony Joshua

Pertarungan mega itu dijangka memberi keuntungan AS$325 juta (RM1.78 bilion).

Sementara itu, Jurulatih Wilder, Malik Scott turut mengesahkan berita itu dan berkata, pertarungan besar akan berlaku.

“Saya boleh katakan spekulasi itu benar, rundingan sedang berjalan dan pertaru­ngan besar akan berlaku.

“Bukan hanya melibatkan kami, malah ramai petinju terbaik heavyweight,” katanya.

Wilder, 37, tidak bertarung sejak Oktober apabila dia me­numbangkan Robert Helenius dalam pusingan pertama sejak membuat kemunculan semula.

Joshua, 33, pula menewaskan Jermaine Franklin pada awal April, manakala pertembungan yang ditunggu-tunggu dalam kelas berat antara Usyk dan Fury tidak menjadi kenyataan walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Bagaimanapun, Fury menerusi laman Instagram­nya menafikan dakwaan ada ­perancangan untuk menganjurkan kejohanan yang membabitkan empat pe­tinju itu.

“Saya boleh mengesahkan bahawa khabar angin ini adalah sama sekali mengarut!,” ­katanya.

Penafian Raja Gypsy itu mencetus reaksi kurang senang daripada kem Usyk, dan promoternya, Alex Krassyuk berkata, petinju Ukraine itu sekali lagi telah ‘melondehkan’ seluarnya.

Sementara itu, pengulas sukan, Simon ­Jordan berkata, pertarungan Joshua seterusnya boleh menjadi petunjuk sama persaingan empat petinju itu akan berlaku.

“Pemerhatian terus dilakukan dan saya rasa spekulasi itu ada asasnya.

“Saya percaya, satu pertaru­ngan besar akan berlaku di Asia Barat yang melibatkan Fury, Usyk, Joshua dan Wilder.

“Tiga pertarungan sedang ­diatur iaitu Fury menentang Usyk dan Wilder bertemu ­Joshua.
Dua pemenang pertaru­ngan itu kemdian bertemu semula di Asia Barat bagi menentukan juara sebenar.

“Ia juga menjelaskan sebab mengapa ­Anthony Joshua tidak mahu bertarung sehingga ­Disember,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya