Real Madrid patut sumbat lebih banyak gol

Real Madrid patut sumbat lebih banyak gol

KARIM Benzema (kanan) meraikan gol pembukaan Real Madrid ketika menentang Chelsea pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Penjaga gol Real ­Madrid, Thibaut Courtois kecewa pasukannya gagal memanfaatkan peluang meledak lebih ba­nyak gol di Santiago Bernabeu selepas menang 2-0 ke atas Chelsea pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara semalam.

Jaringan Karim Benzema dan Marco Asensio membolehkan juara Eropah 14 kali itu membawa bekalan yang dianggap belum selamat apabila bertandang ke Stamford Bridge, London pada aksi timbal balik, Rabu depan.

Kata Courtois, pasukannya patut menyumbat lebih ­banyak jaringan, terutama selepas lawan beraksi dengan 10 pemain pada 31 minit terakhir ekoran kad merah yang di­layangkan kepada Ben Chilwell.

“Setiap kali anda bermain dalam perlawanan besar di peringkat kalah mati seperti ini, anda patut menamatkan permainan dengan kelebihan sebesar yang boleh, penuh se­nsasi atau mungkin membenam ­lawan.

“Ia keputusan yang baik tetapi kami sedikit kesal dengan hakikat gagal menjaringkan gol ketiga atau keempat. Saya harap kami tidak menyesal tidak dapat menambah gol apabila bermain sekali lagi minggu depan,” kata bekas penjaga gol Chelsea itu.

Real mendominasi perlawanan di Santiago Bernabeu, namun Chelsea turut mempunyai peluang menerusi rembatan ­Raheem Sterling yang dinafikan oleh ketangkasan Courtois.

Sementara itu, pengendali Chelsea, Frank Lampard yakin mereka masih mampu merubah kedudukan apabila beraksi di laman sendiri minggu depan.

“Saya bangga dengan 10 pemain kami dan beritahu mereka (dalam bilik persalinan), sesuatu yang istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya