Program RTG ringankan beban pemain profesional

Program RTG ringankan beban pemain profesional

GOH Soon Huat-Shevon Lai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Daripada 15 orang atlet yang tersenarai dalam program Road to Gold (RTG), nama pasangan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai antara yang tidak disangka diserap masuk ke dalam projek pemburuan pingat emas negara di Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

Ini kerana mereka juga sedang berjuang untuk mendapatkan slot penampilan sulung ke temasya sukan terbesar dunia itu, apatah lagi kali terakhir pasangan ini berjaya meraih gelaran juara adalah lima tahun lalu di Terbuka Singapura 2018.

Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon dipilih oleh Jawatankuasa RTG berdasarkan kedudukan mereka yang berada di No. 10 dunia, begitu juga rakan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang berada di No. 7 dunia.

Jelas Shevon yang bergerak sebagai profesional pada 2021, penyerapan ke dalam program itu akan memberikan manfaat khususnya kepada pemain profesional sekaligus mencerahkan peluang untuk menyaksikan dua wakil negara dalam setiap acara badminton seperti yang disasarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Berdasarkan syarat yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), sesebuah negara boleh mempunyai dua wakil di Sukan Olimpik sekiranya mereka berada dalam ranking lapan terbaik menjelang kelayakan yang bakal bermula 1 Mei ini dan tamat 28 April 2024.

“Sudah pasti kami mahukan semua khidmat yang ditawarkan oleh pihak ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara), terutamanya dari sudut perubatan, misalnya Soon Huat perlu melakukan pemeriksaan terhadap kecederaan kepalanya, dan setiap kali dia menjalani ujian imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), dia perlu berhabis ribuan ringgit.

“Apabila berada dalam program, mereka (RTG) boleh tampung untuk itu kerana boleh dapatkan khidmat daripada ISN, perkara-perkara seperti itu tetapi sukar untuk saya gambarkan secara terperinci kerana saya perlu berbincang dengan jurulatih dan rakan sepasukan yang mengenai apa yang kami semua mahukan dan perlukan. Jadi ini merupakan isu yang paling mencabar untuk kami,” jelas Shevon.

Tambahnya, penilaian berkala yang akan dilaksanakan Jawatankuasa RTG bagi memantau prestasi semasa atlet dalam program ini dilihat sesuatu yang adil kerana setiap atlet perlu berada di tahap yang terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merangkap Pengerusi bersama RTG menjelaskan senarai nama awal yang berada dalam program ini adalah tidak tetap dan memberi bayangan bakal ada pertambahan ataupun pengurangan bergantung kepada penilaian berkala yang akan dilakukan.

“Saya rasa dari sudut penilaian berkala yang akan dilakukan adalah adil kerana mereka memberikan bantuan buat kami, situasinya adalah seperti majikan dan pekerja.

“Pastinya kami akan berasa tertekan dan itulah yang kami kena hadapi, dan bagi kami, kami berikan seratus peratus kudrat yang terbaik dan komitmen yang tertinggi,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya