Pemain Liverpool 'tegang' ketika dikecewakan Chelsea

Pemain Liverpool ‘tegang’ ketika dikecewakan Chelsea

DARWIN Nunez yang mengetuai serangan Liverpool gagal menembusi gawang Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketegangan tercetus sesama pemain Liverpool ketika pasukan itu dikecewakan dengan keputusan seri 0-0 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeria awal pagi tadi.

Reds bertandang ke Stamford Bridge dengan misi kembali ke landasan betul selepas kekalahan 4-1 kepada Manchester City hujung minggu.

Jurgen Klopp melakukan perubahan besar, dengan pemain seperti Mohamed Salah, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold direhatkan di bangku simpanan, manakala Virgil van Dijk tidak beraksi kerana sakit.

Begitupun mereka tetap gagal mendapatkan kemenangan yang diperlukan, sekali gus menyempitkan peluang mencari tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool juga bernasib baik membawa pulang satu mata di Stamford Bridge selepas video bantuan pengadil (VAR) menafikan gol Chelsea, dan tuan rumah juga terlepas beberapa peluang.

Di tengah-tengah perlawanan yang sengit, kapten Liverpool, Jordan Henderson dilihat bertelagah dengan penjaga gol, Alisson Becker yang tampak tidak berpuas hati.

Ketegangan berlaku pada minit ke-77 apabila Kalidou Koulibaly menendang bola yang sepatutnya boleh ditangkap mudah oleh Alisson.

Begitupun bek tengah Reds, Joel Matip merasakan dia terpaksa campur tangan dan tandukannya jatuh di depan Kai Havertz.

Havertz menghantar bola kepada Joao Felix, namun percubaan pemain Portugal itu melepasi palang. Ia peluang hebat dan dia sepatutnya melakukan dengan lebih baik.

Tidak lama kemudian, Henderson dan Alisson bertegang mulut. Kapten Liverpool itu juga dilihat melanggar penjaga gol Brazil tersebut ketika mereka bertukar kata-kata.

“Alisson dan Henderson jelas sudah tertekan, bergaduh dalam kawasan penalti

“Joel Matip juga terlibat, pemain Liverpool kehilangan hilang sabar antara satu sama lain,” kata pengulas TalkSPORT, Sam Matterface.

Stuart Pearce kemudian menambah: “Ia berpunca dari hari Sabtu (kekalahan kepada City). Anda boleh nampak kekecewaan di sana dan pada kesempatan ini anda juga melihat Chelsea terlepas peluang dengan teruk (Felix).” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya