Pemain besbol rayu sumbangan tambang penerbangan kejohanan

Pemain besbol rayu sumbangan tambang penerbangan kejohanan di Hong Kong

NUR Hatikah Jamaludin (tengah) bersama ibu dan bapanya menunjukkan surat tawaran untuk menyertai Kejohanan Besbol Wanita Asian Cup 2023 di Hong Kong ketika ditemui di Bagan Serai semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang pemain pasukan besbol wanita kebangsaan, Nur Hatikah Jamaludin, 17, merayu sumbangan orang ramai untuk dia membeli tiket penerbangan ke Hong Kong bagi menyertai kejohanan di negara itu.

Menurutnya, dia terpilih menyertai pasukan Besbol Wanita Malaysia (WBM) untuk Kejohanan III BFA Women’s Baseball Asian Cup 2023 yang dijadualkan pada 21 Mei hingga 2 Jun di Hong Kong.

Katanya, namun kos penerbangan pergi dan balik ke kejohanan itu perlu dibiayainya sendiri.

“Tiket penerbangan pergi balik berjumlah RM1,500 dan setakat ini saya hanya ada RM700, yang dikumpul oleh ibu bapa saya, bakinya masih tidak cukup RM800.

“Saya perlukan bantuan wang tunai sebanyak RM800 untuk mencukupkan harga tiket penerbangan yang perlu dijelaskan minggu depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Jalan Sungai Semambu, Alor Pongsu Bagan Serai di sini.

Nur Hatikah merupakan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkerian, Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata, dia merupakan pemain termuda dalam pasukan yang menyertai kejohanan itu.

Katanya, kejohanan di Hong Kong itu merupakan kejohanan kelayakan ke Piala Dunia Besbol Wanita 2024.

“Saya amat berharap ada pihak yang sudi membantu menyediakan tambang penerbangan ke Hong Kong bagi membolehkan saya sertai kejohanan ini,” katanya.

Menurutnya, dia dilatih oleh jurulatih Muhammad Arif Mustakim Mat Safar di MRSM dan turut mendapat latihan daripada Presiden Persekutuan Besbol Malaysia, Sazali Husain.

Katanya, apabila terpilih ke kejohanan di Hong Kong, itu melupakan peluang besar untuk dia menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa dan mengharap agar pasukan WBM layak untuk ke Piala Dunia Besbol Wanita 2024.

“Saya tidak punya pilihan lain selain daripada mengharapkan ada pihak yang tampil membantu bagi bayaran tambang penerbangan untuk ke Hong Kong” katanya.

Bapanya, Jamaludin Omar, 54, bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu manakala ibunya, Jammah Dolah, 52, bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Jelutong dengan pendapatan hanya sekitar RM1,500 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu Nur Hatikah, boleh menyalurkan sumbangan tunai melalui akaun bank  Islam ibunya, Jammah Dollah (0807 7020 1755 51).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya