Pasukan kuat, ranking tinggi tidak minat lawan Malaysia?

Pasukan kuat, ranking tinggi tidak minat lawan Malaysia?

HARIMAU Malaya sukar untuk mendapatkan lawan lebih kuat dalam aksi persahabatan kerana memiliki ranking dunia yang agak rendah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan perlu mene­rima hakikat Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) berdepan kesukaran mencari lawan lebih kuat untuk berdepan Harimau Malaya yang dijangka naik ke ranking ke-138 dunia minggu depan.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan, pasukan yang berada di ranking lebih tinggi akan menolak untuk mengadakan perlawanan persahabatan de­ngan lawan kerdil kerana tidak mendapat mata yang besar sekiranya menang pertemuan itu.

Beliau turut berdepan masalah sama ketika membimbing Harimau Malaya dan menganggap kesudian Kepulauan Solomon (ranking 136) menerima ajakan Malaysia satu keberuntungan.

“Bukan mudah untuk kita cari pasukan ranking lebih baik, mereka tidak akan terima permohonan kita sebab, mereka juga kejar ranking.

“Bayangkan kalau pasukan di tangga ke-120 ke bawah lawan Malaysia, jika menang pun, mata sangat sedikit.

“Jadi memang susah untuk pasukan sebegini untuk lawan pasukan ranking bawahan. Itu kekangan pertama. Kita boleh jemput mereka ini tetapi terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak dan jawapan selalunya ditolak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

KEPULAUAN Solomon yang menghuni ranking ke-136 dunia adalah lawan yang kuat.

Sathianathan berkata, perlawanan persahabatan dalam kalendar badan bola sepak dunia, FIFA menjadi tumpuan utama pasukan untuk menaikkan ranking dan mereka pas­ti­nya akan mencari lawan yang boleh memberi kelebihan.

“Sekarang semua perlawanan dalam kalendar FIFA diberikan perhatian serius oleh setiap negara. Bukan macam dahulu yang kita pun boleh lawan pasukan kuat seperti Brazil dan itu pun berlaku di luar musim dan sebagai pemanas badan sahaja,” katanya.

Sathiananthan berkata, pemilihan Yemen dan Solomon Islands untuk perlawanan persahabatan antarabangsa pada jendela FIFA, Jun nanti juga adalah yang terbaik untuk membantu Kim Pan Gon mempersiapkan pasukan menghadapi Piala Asia 2023.

“Kita beruntung Kepulauan Solomon mahu menjadi lawan kita, mereka pasukan yang kuat dan England juga berdepan ke­sukaran berdepan mereka.

“Kita perlu fikir, apa ciri-ciri dimiliki pemain pasukan ini termasuk Yemen (154). Mereka ada kekuatan fizikal yang kuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya