Norizam sedia lepaskan Kelantan FC?

Norizam sedia lepaskan Kelantan FC?

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia mempertimbangkan untuk melepas sepenuhnya saham pasukan The Red Warriors (TRW) sekiranya ada pihak yang merasakan dia tidak cukup bagus dan tidak layak menjadi pemilik kelab berkenaan.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata demikian dalam status laman Facebook selepas dipercayai berdepan kekecewaan penyokong susulan prestasi buruk pasukan selain turut berdepan krisis luar padang membabitkan bekas jurulatih.

“Berbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW dari 2020 sehingga sekarang.Duit saya yg KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) hutang RM3.8juta belum di terima lagi sesen pun.

“Banyak perancangan saya termasuk progress fasiliti untuk TRW masih belum tercapai.Saya telah usaha untuk 2.5 tahun. Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi ‘owner’ kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yg mampu,” katanya.

Terdahulu hari ini, media melaporkan penyokong Kelantan ‘mengamuk’ dengan menaikan sepanduk dan menampal poster meluahkan kekecewaan kepada Norizam susulan aksi buruk diperagakan oleh TRW dalam saingan Liga Super ketika ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya