Newcastle malukan Tottenham 6-1

Newcastle malukan Tottenham 6-1

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebahagian besar penyokong Tottenham meninggalkan stadium ketika pasukan mereka ketinggalan 5-0 pada babak pertama.

Spurs yang dibolosi lima gol dalam tempoh 21 minit akhirnya tumbang 6-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

Skuad kendalian Cristian Stellini tewas menerusi gol Jacob Murphy dan Alexander Isak, yang masing-masing meledak dua kali, manakala Joelinton dan Callum Wilson turut menemui gawang.

Gol saguhati Harry Kane tidak membantu Tottenham yang tampak hampir pasti akan terlepas kelompok empat teratas liga selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Kelab utara London itu kini enam mata di belakang Newcastle dan pasukan tangga keempat, Manchester United selepas bermain lebih dua perlawanan berbanding United dan satu melebihi Newcastle.

Tottenham yang menghunk tangga kelima liga akan menanti kehadiran United, Khamis ini dan kekalahan di tangan skuad kendalian Erik ten Hag akan menamatkan harapan tipis mereka dalam musim yang sukar ini.

Masa depan Tottenham semakin suram kerana masih tidak mempunyai pengurus tetap, selain tiada pengarah bola sepak selepas Fabio Paratici meletak jawatan Jumaat lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya