Messi hadiahkan trofi kepada rakan sepasukan

Messi hadiahkan trofi kepada rakan sepasukan

LIONEL Messi bersama sebahagian trofi yang pernah dimenangi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Disebabkan  dia memiliki trofi yang terlalu banyak, Lionel Messi menghadiahkan satu daripadanya kepada rakan sepasukan di Paris Saint-Germain (PSG) dan Argentina, ­Leandro Paredes.

Ketika Paredes menunjukkan koleksi piala yang pernah dimenangi kepada wartawan yang mengunjungi kediamannya, trofi Pemain Terbaik La Liga 2020/2021 ­milik Messi berada dalam almari.

“Ketika dia (Messi) tiba di Paris, saya bertanya kepadanya sama ada dia sudi memberikan satu (trofi) kepada saya.

“Tanpa bercakap banyak, dia terus memberikan trofi Pemain Terbaik La Liga yang pernah dimenangi,” kata Paredes.

Paredes amat bertuah dapat memiliki koleksi berharga Messi biarpun pernah bergaduh dengan pemenang ­Ballon d’Or tujuh kali itu.

“Dia (Messi) benar-benar marah ketika itu (beraksi buat Barcelona dalam Liga Juara-Juara) kerana saya bercakap sesuatu dengan rakan sepasukan dan dia terdengar.

“Dia benar-benar mahu membunuh saya dan saya hanya mahu pulang ke rumah.

“Sekarang, kami berada dalam pasukan yang sama (PSG) dan bila kami bercakap tentang perkara itu, masing-masing hanya tergelak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya