Manjung City mahu tambah derita Kelantan FC

Manjung City mahu tambah derita Kelantan FC

MANJUNG City FC turun dengan misi memahat sejarah menjadi pasukan Liga M3 pertama beraksi pada suku akhir Piala FA apabila berdepan Kelantan FC malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manjung City FC mahu memahat rekod menjadi pasukan Liga SemiPro pertama meraih tiket suku akhir Piala FA apabila melayan kunjungan Kelantan FC pada pusingan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam ini.

Dibarisi rata-rata pemain muda, kelab Liga M3 itu memiliki peluang terbaik untuk mengejutkan The Red ­Warriors (TRW), yang berada pada tahap keyakinan terendah ekoran tiga kekalahan berturut-turut yang dialami dalam saingan Liga Super.

Kelantan yang kini terpalit dengan kontroversi di luar padang juga gagal memenangi lima perlawanan terakhir liga.

Mengakui ‘gelora’ yang melanda TRW menjadi kelebihan buat pasukannya, pengendali Manjung City, Rafea Isa bagaimanapun menegaskan, itu bukan jaminan mereka mampu meraih kemenangan.

“Memang ada sedikit ke­lebihan apabila Kelantan FC berdepan isu luar padang tetapi saya ingatkan pemain agar bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana kami berdepan lawan yang berstatus Liga Super.

KELANTAN FC (jersi ungu) kalah 3-0 kepada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super, Ahad lalu.

“Kita juga telah meneliti dan mengkaji corak permainan Kelantan FC, mereka bukan tidak bagus. Jadi, kita perlu berhati-hati sambil mengharapkan segala perancangan dan taktikal berjalan lancar.

“Kami akan turun de­ngan corak permainan pantas, serangan balas dan memberi asakan di setiap sudut.

“­Memang ini corak permainan kita dengan rata-rata pemain muda.

“Saya akui, ini peluang terbaik untuk mencipta rekod pasukan pertama dari Liga M3 yang kini bertaraf SemiPro ­beraksi di suku akhir Piala FA,” kata Rafea.

Manjung City mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Sains FC 2-0.

Menurut Rafea, anak-anak buahnya bebas daripada kecederaan dan dalam prestasi terbaik untuk berdepan lawan sambil mengharapkan soko­ngan penyokong di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Selain Manjung City, pusi­ngan kedua Piala FA turut menampilkan tiga lagi kekab Liga M3 iaitu Imigresen FC yang akan menentang Kuala Lumpur City, Melaka FC berdepan Terengganu FC dan PIB Shah Alam FC bertemu Negeri Sembilan FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya