Malaysia sasar separuh akhir Piala Sudirman

Malaysia sasar separuh akhir Piala Sudirman

PEMAIN badminton negara menerima lawatan Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin (kiri) di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengambil pendekatan berlainan untuk menghadapi kejohanan badminton berpasukan campuran, Piala Sudirman di Suzhou, China 14 hingga 21 Mei depan apabila menyenaraikan empat beregu campuran.

Juara Orleans Masters, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengetuai senarai bersama Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing serta dua lagi pasangan profesional iaitu naib juara Terbuka Switzerland, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing.

Pengarah Prestasi Tinggi ABM, Dr. Tim Jones menjelaskan pemilihan itu berdasarkan percaturan taktikal skuad negara, selain memberikan peluang sama rata buat pemain profesional memandangkan saingan ini turut menawarkan mata ranking ke kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kita bawa empat beregu campuran bagi memastikan ia adil untuk pemain-pemain kebangsaan dan profesional.

“Kita mahu bagi peluang sama rata tetapi mereka perlu buktikan kemampuan masing-masing,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

GOH Soon Huat-Shevon Lai antara beregu profesional yang mengetuai Piala Sudirman.

Turut menguatkan cabaran Malaysia adalah Lee Zii Jia, Ng Tze Yong (perseorangan lelaki), Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (beregu lelaki), Goh Jin Wei, K. Letshanaa (perseorangan wanita), Pearly Tan-M. Thinaah serta Go Pei Kee-Valeree Siow (beregu wanita).

Bekas pemain negara, Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock pula bakal mengiringi skuad negara ke Suzhou sebagai Penasihat Teknikal.

Dalam masa yang sama, Tim menjelaskan berdasarkan senarai pemain yang dipilih, terdapat kemungkinan skuad negara akan membentuk gandingan pecahan bertujuan untuk mengelirukan lawan yang berpeluang untuk menyumbang mata untuk kem negara.

Malaysia meletakkan sasaran ke separuh akhir Piala Sudirman, sekali gus menyamai pencapaian mereka dalam edisi sebelum ini di Vantaa, Finland apabila berkongsi kedudukan podium dengan Korea Selatan untuk membawa pulang pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya