Malaysia rangkul dua pingat gangsa dari Piala Dunia Memanah

Malaysia rangkul dua pingat gangsa dari Piala Dunia Memanah

JUWAIDI Mazuki meraih dua pingat gangsa dalam Piala Dunia di Antalya, Turki semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTALYA: Skuad memanah negara meraih keputusan membanggakan apabila berjaya meraih dua pingat gangsa dalam penyertaan di Piala Dunia Memanah di Antalya, Turkiye semalam.

Atlet memanah compound negara, Juwaidi Mazuki menjadi antara tonggak utama kejayaan Malaysia dalam saingan kali ini apabila kedua-dua pingat gangsa tersebut disumbangkan oleh atlet berusia 32 tahun ini.

Kempen cemerlang skuad negara bermula apabila Juwaidi yang beraksi dalam acara berpasukan campuran bersama Fatin Nurfatehah diberi tentangan oleh pasangan Itali, Marco Bruno-Elisa Roner dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Kedua-dua pasangan ini beraksi hebat dengan terikat seri 157 mata sebelum ia pemenang ditentukan dalam pusingan penentuan yang berpihak kepada pasangan negara dengan keputusan 19-18.

Selepas itu, Juwaidi sekali lagi turun berentap untuk aksi individu menentang atlet dari Belanda, Mike Scholesser dalam penentuan pingat gangsa.

Terdahulu, Juwaidi dinafikan hasrat untuk ke final apabila tewas kepada atlet dari Slovakia, Jozef Bosanky di peringkat separuh akhir dengan keputusan 145-147.

Bagaimanapun Juwaidi tampil dengan aksi lebih kemas dalam peringkat penentuan gangsa menentang Schloesser apabila mencatatkan kemenangan dengan keputusan 148-146.

Ia penyertaan yang cukup gemilang buat Juwaidi untuk edisi kali ini apabila dia turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya ketika pusingan kelayakan pada Rabu selepas mengutip keseluruhan 714 mata selepas 72 panahan untuk memadamkan rekod 709 mata yang diciptanya ketika Kejohanan Memanah Asia 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya