Malaysia Masters bakal tarik pemain ternama dunia

Malaysia Masters bakal tarik pemain ternama dunia

MOHAMAD NORZA ZAKARIA (tengah) dan Zainal Abidin Ahmad (tiga kanan) bersama dua beregu negara pada Sidang Media Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2023 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023 yang berlangsung, bulan depan dijangka menarik ramai pemain ternama dunia, selepas kejuaraan itu menjadi pertandingan pertama dalam Jelajah Dunia yang memberikan mata untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris.

Justeru, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mencabar para pemain negara memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong tempatan untuk mengutip mata dan sekali gus, memburu gelaran di tanah air sendiri.

“Kalau kita lihat pengesahan, kebanyakan pemain yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia, terutamanya beregu lelaki yang telah pun mengesahkan akan hadir ke sini.

“Kalau kita lihat selepas mereka bertanding pada Piala Sudirman di Suzhou, China mereka akan terus menyertai Malaysia Masters.

“Jadi, harapan saya jangan gemuruh dan harus berbangga, walaupun dikelilingi ramai penyokong Malaysia, tetapi semua nak tengok pemain kita menang dan bukan hendak takutkan pemain, ambil ia dari sudut positif,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Sidang Media Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023 di Ibu Pejabat BAM dekat sini, semalam.

Kali terakhir pemain Malaysia merangkul gelaran Malaysia Masters ialah pada 2017 menerusi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, justeru, Norza amat berharap, kejohanan kali ini, akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemain sebagai penghargaan kepada peminat yang hadir ke Axiata Arena pada 23-28 Mei depan.

“Mereka ini perlukan sokongan padu dari rakyat Malaysia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Jadi, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia datang beramai-ramai beri sokongan padu kepada pemain-pemain kita,” ujarnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Presiden Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dan Naib Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam.

Sementara itu, mengulas pula mengenai harga tiket Malaysia Masters, beliau mengesahkan, tiket akan mula dijual pada 20 April ini bermula pukul 2 petang dan harga masih sama seperti tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya