Mahu 10 emas atau pendedahan?

Mahu 10 emas atau pendedahan?

ROBANI Hassan (kiri) ketika memenangi pingat emas 110 meter lari berpagar pada Sukan SEA 2005 di Manila.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika keutamaan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Sukan SEA bulan depan adalah untuk memburu 10 pingat emas, maka mereka tidak boleh menghantar ramai atlet pelapis ke temasya Phnom Penh, Kemboja.

Begitupun jika misi mereka adalah memberi pendedahan kepada lebih ramai atlet muda seperti yang disarankan Majlis Sukan Negara (MSN), adalah tidak realistik untuk KOM menyasarkan 10 emas.

Ketika Sukan SEA tinggal sebulan untuk membuka tirai pada 5 Mei depan, KOM perlu segera bersemuka dengan atlet kebangsaan untuk membincangkan mengenai sasaran dan perancangan mereka.

Pemenang pingat emas 110 meter (m) negara pada Sukan SEA 2005 di Manila, Robani Hassan berkata, secara realistik, melihat kepada keupayaan kontinjen olahraga kali ini, empat emas adalah sasaran paling wajar diletakkan oleh KOM.

“Sejujurnya saya lihat paling realistik adalah empat emas tapi saya faham niat KOM ini sebenarnya baik.

“Cuma bagi saya, acara yang paling diyakini untuk menggenggam emas adalah lempar cakera lelaki dan perempuan, selain lontar peluru yang nampak berpotensi besar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Robani juga berharap, KOM tidak menghantar bakat baharu semata-mata untuk memberi pendedahan antarabangsa sekiranya atlet berkenaan tiada potensi besar.

MUHAMMAD Irfan Shamsuddin antara prospek emas Malaysia dalam lempar cakera.

“Saya nampak trend Sukan SEA apabila kita beri peluang kepada atlet muda, yang kali pertama pula tu, jika mereka gagal bawa pulang pingat, mereka tidak akan diberi peluang lagi untuk edisi seterusnya. Bila lihat, rupanya hantar sebab mahu beri pendedahan.

“Bagi saya, KOM perlu ubah mindset ini sebab semangat mereka luntur. Mereka rasa tak cukup bagus semasa hari pertandingan. KOM perlu beritahu yang mereka dihantar untuk bawa pulang pingat, perkara ini akan melonjakkan semangat atlet untuk beraksi.

“Saya harap semasa pertemuan dengan atlet nanti, KOM bukan sekadar mendengar pandangan atlet dan jurulatih, tetapi juga beri kefahaman mengenai maksud ‘boleh dapat berapa jumlah pingat’. KOM perlu jelaskan makna sebenar supaya tiada atlet yang keciciran dan salah faham.

“Bagi saya, selain melihat perbandingan statistik dengan negara ASEAN lain, KOM perlu juga melihat bilangan kejohanan yang telah disertai atlet pada tahun ini untuk meletakkan mereka sebagai sasaran pingat.

“Untuk 100m lelaki, kalau mereka konsisten dengan catatan masa antara 10.3 saat (s) dan 10.2s, tiada masalah untuk kita bawa pulang pingat emas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya