Liverpool kibar ‘bendera putih’ pikat Bellingham

Liverpool kibar ‘bendera putih’ pikat Bellingham

JUDE BELLINGHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool menghentikan usaha untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Pemain tengah England itu dikatakan akan berpindah pada musim panas selepas minat ditunjukkan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dortmund dipercayai terbuka untuk menerima tawaran buat pemain tengah itu musim panas ini yang akan menjadi peluang terakhir buat mereka memperolehi wang lumayan.

Bagaimanapun, Liver­pool tidak lagi berminat membeli Bellingham biarpun menjadi pasukan pilihan sebelum in, lapor The Times.

Reds me­rancang untuk membina kembali bahagian tengah musim panas ini tetapi tidak mahu menghabiskan terlalu ba­nyak wang untuk seorang pemain selepas Dortmund meminta 130 juta pound (RM713.42 juta) buat Bellingham.

Liverpool juga dikatakan tidak mahu berdepan perbi­n­cangan sukar, terutama selepas Dortmund enggan ber­tolak ansur.

Klopp meminati Bellingham tetapi Liverpool boleh bertukar kepada sasaran lebih murah seperti Mason Mount (Chelsea) dan Youri Tielemans (Leicester) yang mampu di­tandata­ngani secara per­cuma.

Keputusan Reds untuk menarik diri dianggap ‘bonus’ buat kelab seperti ­Manchester United dan Chelsea yang turut menunjukkan minat mendapatkan pemain berusia 19 tahun itu.

Real Madrid juga menyata­kan minat mereka ter­hadap Bellingham tetapi enggan ­memenuhi tanda harga yang ditetapkan Dortmund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya