Liek Hou raih kejuaraan berganda di Brazil

Liek Hou raih kejuaraan berganda di Brazil

Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou berpasangan dengan Muhammad Fareez Anuar dalam acara beregu lelaki SU5 berjaya menjadi juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Para Brazil 2023 di Sao Paulo sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO, Brazil: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou meraih kejayaan membanggakan apabila membolot dua gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Para Brazil sebentar tadi.

Gelaran juara pertama diraih Liek Hou dalam saingan ini bermula dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 apabila dia turun menentang rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar.

Biarpun pingat emas sudah sah menjadi milik Malaysia, kedua-dua pemain negara tetap menampilkan aksi sengit yang akhirnya memihak kepada Liek Hou yang juga pilihan pertama kejohanan dengan keputusan 21-19, 21-19 selepas masing masing berentap selama 29 minit di dalam gelanggang.

Tidak lama selepas itu, Liek Hou turun sekali lagi dengan Fareez apabila kedua-dua pemain ini bergandingan dalam acara beregu lelaki menentang beregu India, Chirag Baretha-Raj Kumar yang merupakan pilihan pertama kejohanan.

Bagaimanapun Liek Hou dan Fareez ternyata masih mempunyai kudrat untuk memenangi perlawanan ini apabila mudah untuk mengatasi pasangan India itu dengan keputusan 21-13, 21-18 selepas 25 minit bertarung di dalam gelanggang.

Ini juga merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Liek Hou-Fareez ke atas pasangan India itu selepas skrip sama dilakar ketika perlawanan akhir Kejohanan Antarabangsa Bahrain Mei tahun lalu, dan kemudian di Kejohanan Antarabangsa Sepanyol pada Februari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya