Legenda bola sepak negara, Azhar Shariff meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Azhar Shariff meninggal dunia

AZHAR meninggal dunia di Hospital Selayang akibat angin ahmar dan komplikasi jantung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dunia bola sepak negara hari ini kehilangan bekas pemain kebangsaan, Azhar Mohd Sharif yang menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Selayang.

Allahyarham yang berumur 58 tahun meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar dan komplikasi jantung.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum Ramadan dan terpaksa menggunakan mesin bantuan oksigen bagi melancarkan pernafasan.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Buloh, Selangor, hari ini.

Ketika di puncak prestasi, Allahyarham merupakan rakan sepasukan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.

Malah, dia pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada 1986.

Selain pernah beraksi di samping Mokhtar, Azhar adalah rakan sepasukan kepada mendiang R. Arumugam, Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Dollah Salleh, Zapril Hashim, Khang Hung Meng, Datuk Lim Teong Kim dan Zainal Nordin.

Pada final Piala Malaysia 1986, Azhar meledak dua gol buat Selangor untuk menang 6-1 ke atas Johor selain meledak satu gol ketika final Piala Malaysia 1984 dengan menewaskan Pahang 3-1- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya