WOLVERHAMPTON: Kehadiran legenda tengah Chelsea, Frank Lampard sebagai pengendali sementara Blues masih belum berjaya mengubah nasib malang pasukan itu apabila tewas kepada Wolverhampton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Lampard yang sebelum ini menguruskan pasukan Everton, mengambil alih pasukan Chelsea selepas Graham Potter dipecat minggu lalu cuba untuk membuat angin perubahan ketika bertandang ke Stadium Molineux.
Bagaimanapun harapan itu berkubur seawal minit ke 31 apabila pemain antarabangsa Portugal, Mathues Nunes melakukan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.
Lampard cuba untuk membuat beberapa perubahan di babak kedua dengan memasukkan Mikhaylo Mudryk, Pierre Emerick Aubameyang serta Christian Pulisic untuk mempertajamkan jentera serangan, namun Blues tetap buntu untuk menembusi gawang Wolves.
Kedudukan 1-0 itu kekal hingga tamat perlawanan, sekaligus meletakkan Chelsea kini berada di tangga kesebelas liga dengan 39 mata, sementara Wolves pula hanya satu anak tangga dibawah dengan 31 mata.