KL City FC ke suku akhir Piala FA

KL City FC ke suku akhir Piala FA

SARAVANAN meraikan gol jaringannya ketika menentang Imigresen FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat Imigresen FC untuk melakar kejutan ke atas Kuala Lumpur City (KL City) FC tidak kesampaian apabila tumpas 0-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur  di Cheras sebentar tadi.

Bagaimanapun, dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA itu, Imigresen FC tidak memberikan laluan mudah buat anak-anak buah Bojan Hodak apabila berjaya memberikan tentangan sengit.

Hodak melakukan banyak pertukaran dalam kesebelasan utama yang diturunkan dalam perlawanan tersebut dengan memberi peluang kepada pemain yang jarang diturunkan dalam saingan Liga Super.

Imigresen FC pula menurunkan barisan terkuat mereka dan dilihat berjaya memberikan cabaran kepada skuad Ibu Kota dengan perlawanan berlangsung seimbang pada awal babak pertama.

Gol pertama KL City FC hadir pada masa tambahan separuh masa pertama menerusi T. Saravanan yang melakukan sepakan voli cantik bagi menewas penjaga gawang Imigresen FC, Ahmad Solehin Mamat.

Bersambung babak kedua, Bojan melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan pemain yang lebih berpengalaman selepas Imigresen FC dilihat mampu memberi cabaran kepada anak-anak buahnya.

Hasilnya, Romel Morales berjaya meledak gol kedua KL City FC ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan sekali gus menggandakan kedudukan buat pasukannya menjadi 2-0.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan KL City berjaya layak ke peringkat suku akhir untuk bertemu sama ada Sabah atau Kelantan United di peringkat suku akhir.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya