Kedah tolonglah ‘melawan’ jumpa JDT

Kedah tolonglah ‘melawan’ jumpa JDT

PEMAIN Kedah Darul Aman FC menjalani latihan di Alor Setar kelmarin dalam persiapan menghadapi aksi getir Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika Kedah Darul Aman (KDA) FC yang kini menghuni tangga kedua Liga Super turut dibelasah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini, maka apa lagi tarikan yang ada dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dua pasukan yang sebelum ini dianggap pencabar utama Harimau Selatan, Selangor dan Sabah FC sudah dibaham Harimau Selatan 4-0.

Begitu juga Negeri Sembilan FC pasukan paling teruk menjadi mangsa apabila diratah 7-0.

Biarpun di atas kertas, JDT dengan barisan bintang yang dimiliki dijangka mampu menjinakkan Sang Kenari bimbi­ngan Nafuzi Zain, namun peminat berharap jika tewas sekalipun biarpun de­ngan ­jaringan kecil, selain memberi saingan sengit.

Selepas Selangor dan Sabah dijinakkan dengan mudah, kini Kedah satu-satunya harapan untuk memberikan tentangan kepada anak-anak buah Esteban Scolari.

“Perlawanan ini amat dinanti-nantikan untuk kita lihat siapa yang boleh beri saingan kepada JDT.

“Bagi saya, beza antara kedua pasukan ialah JDT sudah ­settle down lebih awal dan sebab itu mereka menang dalam tujuh perlawanan awal dengan ­jaringan besar.

“Kedah pula ada peningkatan tetapi tidak sampai ke tahap yang diinginkan Nafuzi lagi.

“Keputusan sudah ada, cuma belum di tahap yang baik, jadi dalam pertembungan esok (malam ini) mereka kena bersedia sebaik mungkin untuk mengelak daripada dibolosi banyak gol.

“Jika pasukan yang berdepan JDT tidak bersedia, mereka akan dibelasah.

“Begitupun, Nafuzi ada ­pengalaman baik. Perlawanan-perlawanan JDT sebelum ini akan menjadi contoh kepada mereka dan jadi bekal ketika berkunjung ke kandang JDT.

“Kedah tetap ada peluang walaupun ramai yang kata JDT akan menang. Bagi saya, Nafuzi akan bermain secara terbuka.

“Namun, aspek pertahanan juga perlu diberikan perhatian,” kata jurulatih berpengalaman, Datuk Zainal Abidin Hassan kepada Mingguan Malaysia.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

Selepas tujuh perlawanan Liga Super, Kedah ketika ini berada di tangga kedua liga dibelakang JDT dengan 16 mata dan sekiranya menang, ia pastinya menjadi tonik istimewa kepada skuad Sang Kenari kerana menjadi pasukan pertama menewaskan JDT musim ini.

Mengulas mengenai bahagian yang perlu diberikan perhatian oleh Nafuzi dalam pertembungan itu, Zainal Abidin berkata, perkara berkenaan dilihat agak sukar memandangkan semua bahagian dalam pasukan JDT bekerja dengan baik.

“JDT ada pemain yang ada usaha masing-masing, mereka juga bekerja sebagai sebuah pasukan dengan baik. Saat hilang bola, mereka kembali merampas dan membina gerakan selain banyak meletakkan bola ke dalam jaring hasil serangan balas menarik,” katanya.

Bagaimanapun, skuad kendalian Nafuzi akan turun malam ini dalam serba kekurangan selepas  hilang dua tonggak pertahanan iaitu Ariff Farhan Md. Isa yang mengutip tiga kad kuning dan Wan Amirul Afiq Wan Ab. Rahman yang dilayangkan kad merah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya