Kebenaran harus ditegakkan,siapa bersalah perlu dihukum

Kebenaran harus ditegakkan,siapa bersalah perlu dihukum

TIMBALAN Ketua Kontinjen, Sharon Wee (tengah) meninjau persiapan atlet jet ski yang akan bersaing di Sukan SEA Kemboja pada Mei depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA Kemboja, Sharon Wee mahu atlet
berbasikal bukit yang menjadi mangsa gangguan seksual oleh jurulatihnya sendiri dijaga dari segi emosi dan mental.

Sharon mengakui dia terkejut apabila menerima perkhabaran tentang kejadian tersebut dan dia mahu memastikan atlet berkenaan berada dalam keadaan sihat dan selamat tanpa sebarang gangguan pihak luar.

“Saya mahu pastikan atlet terbabit dijaga ruang privasi dan kita mahu dia berada dalam keadaan selamat. Sebagai wanita, bekas atlet, penggiat dan pentadbir sukan, saya tak setuju dan membantah segala bentuk gangguan seksual.

“Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) baru sahaja melancarkan Kod Sukan Selamat untuk pastikan sukan berada di platform sihat dan selamat untuk semua baik kanak-kanak, lelaki dan wanita… Saya amat sedih perkara ini berlaku,” kata Sharon.

Begitupun, beliau yakin Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Majlis Sukan Negara(MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM), akan mendapatkan solusi terbaik bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Kebenaran harus ditegakkan, siapa bersalah, perlu dipersalahkan tapi sebagai seorang wanita dan Timbalan Ketua Kontinjen, saya mahu atlet terbabit di jaga dari segi emosi dan mental dan mahu dia berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Apabila sebut atlet, kami baik lelaki wanita memang ‘sporting’ tapi setiap orang perlu menghormati antara satu sama lain.

“Ini sampai tahap membuat laporan polis, saya yakin amaran sudah diberikan oleh atlet wanita terbabit terhadap pelaku dan kesalahan dilakukan berulang kali. Ya… ‘joke is joke’ tapi jangan melepasi landasan atau garisan pemisahnya,” kata Sharon.

Jurulatih tersebut telah meletakkan jawatan, namun kes berkenaan kekal dalam siasatan pihak polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya