KBS sediakan 1,135 fasiliti sukan

KBS sediakan 1,135 fasiliti sukan

HANNAH ketika dalam sidang akhbar bagi mengumumkan akses direktori fasiliti sukan di Menara KBS di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai kini boleh mengakses direktori fasiliti sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan membuat carian senarai sedia ada mengikut lokasi dan jenis sukan berbeza membabitkan 1,135 fasiliti kelolaan kementerian terbabit di seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, carian itu boleh di buat di www.kbs.gov.my/home-fasiliti.html. sekali gus memudahkan orang ramai untuk mengetahui keadaan semasa fasiliti dan seterusnya membuat tempahan dengan pihak pengurusan.

“Direktori ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk mengenal pasti kemudahan yang bersesuaian dan berdekatan kerana ia akan menyenaraikan fasiliti yang tersedia untuk digunakan orang ramai. 

“Ia juga membolehkan pemadanan dilakukan antara keperluan persatuan sukan kebangsaan serta kemudahan yang tersedia untuk digunakan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KBS di sini semalam.

Menurut Hannah, direktori berkenaan disediakan bertujuan untuk mencapai beberapa perkara termasuk menangani isu kekurangan kemudahan latihan yang dibangkitkan oleh persatuan sukan kebangsaan ketika sesi ‘townhall’  yang diadakan pada 22 dan 23 Disember tahun lalu.

Katanya, ia juga untuk menilai sama ada terdapat percanggahan dalam infrastruktur merentas kawasan Parlimen yang mewujudkan ‘mismatch’ antara kemudahan dan keperluan mengikut lokasi dan jenis sukan.

“Selain itu, ia untuk menggalakkan penggubal undang-undang untuk menjadi lebih strategik apabila membangkitkan isu infrastruktur di Parlimen dan mengelakkan isu projek pembangunan ‘ad-hoc’ sebelum ini yang dibina kerana kekurangan perancangan dan membolehkan penggunaan dana yang sewajarnya untuk pembangunan infrastruktur pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, direktori fasiliti sukan itu ini akan dikemas kini dari masa ke semasa dengan memasukkan lebih banyak fasiliti yang disediakan oleh kerajaan di seluruh negara.

“Pembangunan direktori ini sepadan dengan rangka kerja Malaysia Madani untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, mencegah ketirisan dan menamatkan kelemahan dan pengurusan lemah,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya