Juwaidi pecah rekod kebangsaan

Juwaidi pecah rekod kebangsaan

JUWAIDI MARZUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet memanah negara, Juwaidi Marzuki melakar sejarah tersendiri di Kejohanan Piala Dunia Memanah di Antalya, Turkiye semaalam apabila memecahkan rekod kebangsaan milik peribadi.

Juwaidi yang beraksi dalam acara compound 50 meter (m) berjaya melakar 714 mata selepas 71 panahan. Ia jauh mengatasi catatan yang pernah dilakukan iaitu 709 mata di Kejohanan Memanah Asia 2019.

Bagaimanapun catatan yang dilakukan Juwaidi di Turkiye masih belum cukup untuk membawanya ke kedudukan podium apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan lapan keseluruhan.

“Memanah sangat seronok hari ini kecuali pada dua panahan terakhir yang sedikit susah bagi saya. Namun bagi saya untuk berada di tahap ini saya anggap ia sebagai satu bonus.

“Ranking kelapan dunia minggu ini di kejohanan piala dunia dengan 714 mata dan ia merupkan rekod baharu kebangsaan.

“Saya harap akan ada lebih banyak keputusan positif yang akan diraih selepas ini,” jelas Marzuki.

Biarpun tidak berjaya menaiki podium, Juwaidi masih boleh berbangga apabila turut sama memecahkan beberapa lagi rekod kebangsaan miliknya.

Antaranya adalah dalam acara individu 36 batang anak panah, compound berpasukan campuran bersama Fatin Nur Fatehah Mat Salleh serta compound berpasukan lelaki bersama gandingan Alang Ariff Muhammad dan Mohamad Syafiq Ariffin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya