JDT patut main di Korea, Jepun

JDT patut main di Korea, Jepun

PENYERANG JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringannya ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Malaysia (Liga M) tidak lagi mencabar buat Johor Darul Ta’zim (JDT), dan ramai mahu melihat Harimau Selatan bersaing di luar negara.

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, melihat kehebatan JDT yang telah menjuarai Liga Super sembilan musim berturut-turut, malah memenangi semua lapan perlawanan musim ini, beliau percaya Singapura atau Thailand juga bukan tempat yang sesuai buat mereka.

“Bagi saya apa yang dipamerkan JDT musim ini luar biasa, dan ia juga ada kebaikan untuk Liga M. Pasukan-pasukan lain boleh menjadikan JDT sebagai contoh untuk ke arah lebih baik dalam segenap aspek.

“Namun, dengan level mereka sekarang, adalah lebih bagus JDT bermain di liga luar negara yang boleh memberi saingan. Mungkin di Jepun atau Korea Selatan, kalau ­Singapura atau Thailand tidak sesuai.

“Saya lihat liga di sana (Singapura dan Thailand) setaraf Liga M, malah kadang-kala liga kita lagi baik dan berkembang, jadi Jepun dan Korea pilihan terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

Pasukan besar seperti Selangor FC, Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pencabar terkuat JDT bukan sahaja gagal mengalahkan mereka, malah kalah dengan jaringan

Ketajaman jentera serangan JDT juga amat luar biasa apabila meledak 36 gol dalam lapan perlawanan dan hanya bolos sekali setakat ini.

MFL mungkin boleh mula kembali me­rangka pelan menjemput kelab dari luar negara untuk menyertai Liga M seawal musim depan kerana perkara ini pernah dilakukan beberapa musim terdahulu.

Suatu ketika dahulu, Singapura, Lions XII dan Brunei DPMM pernah memeriahkan saingan Liga M.

Kata Zainal , apa yang membezakan Harimau Selatan dengan pasukan lain pada musim ini ialah mereka telah ‘settle down’ lebih awal dengan persiapan baik pada pra musim.

“JDT mereka ‘settle down’ awal berbanding pasukan lain, mereka lakukan persiapan di luar negara dan bertemu dengan pasukan-pasukan yang berkualiti. Ini sekali gus membolehkan mereka membentuk pasukan yang mantap.

“Pasukan yang akan bertemu selepas ini perlu melakukan persiapan dengan baik dalam setiap aspek, apa yang penting biarlah beri saingan dan mengelak daripada dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya