LONDON: Pengurus Everton, Sean Dyche menegaskan, tiada siapa boleh ‘meremehkan’ penyerang Manchester United, Wout Weghorst menjelang pertembungan kedua-dua kelab dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, hari ini.
Weghorst diletak di bangku simpanan buat kali pertama sejak menyertai United secara pinjaman Januari lalu, dalam kemenangan 1-0 ke atas Brentford, Rabu lepas.
Itu menandakan berakhirnya 19 penampilan berturut-turut dalam kesebelasan utama yang dicatat penyerang Belanda tersebut sejak dipinjam daripada Burnley hingga akhir musim.
Dia hanya menjaringkan dua gol sejak menyertai Red Devils, menyebabkan kesabaran penyokong semakin menipis, bermakna bos United, Erik ten Hag tidak mempunyai banyak pilihan selain mengeluarkannya daripada kesebelasan utama perlawanan.
Dia juga hanya menjadi penonton semasa kekalahan 2-0 United 0-2 kepada Newcastle United, mencatat 10 sentuhan bola sehingga digantikan selepas 62 minit.
Walaupun dia bergelut untuk mendapatkan perhatian Ten Hag, namun Dyche percaya, Weghorst masih mempunyai kualiti berdasarkan pengalamannya bekerja dengan pemain berusia 30 tahun itu di Burnley.
Dyche pernah mengambilnya menyertai skuad Clarets pada Januari 2022 semasa pertembungan dengan kelab Jerman, Wolfsburg.
“Dia pemain yang sangat bagus. Dia bekerja sangat keras, sangat profesional dan setiap pengurus sudah tentu mencari perkara yang berbeza.
“Saya sudah tentu tidak memandang rendah kepadanya. Saya harap dia bukan pemain profesional yang bagus jika dia bermain Sabtu ini,” kata Dyche.
Pada aksi Rabu lalu, tempat Weghorst dalam kesebelasan utama digantikan oleh Jadon Sancho walaupun kebanyakan orang menjangkakan Anthony Martial akan mengambil tempatnya. – AGENSI