Jacky ganti Justin ke Sukan SEA

Jacky ganti Justin ke Sukan SEA

JACKY Kok Jing Hong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain ranking ke-126 dunia, Jacky Kok Jing Hong dipanggil untuk menggantikan Justin Hoh menggalas cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2023 di Kemboja bulan depan.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, pemain berusia 21 tahun itu dipilih mengisi kekosongan Justinyang telah pun menjalani pembedahan akibat pecah tendon Achilles di bahagian kiri semasa latihan dan kini dalam proses pemulihan.

“Jin Hong telah beraksi baik sepanjang sesi latihan. Ini adalah peluang terbaik untuk dia meningkatkan dan bangkit memeriahkan acara itu,” kata Choong Hann.

Selasa lalu, skuad badminton negara menerima kejutan apabila pemain perseorangan lelaki berusia 19 tahun itu diketepikan daripada temasya dwitahunan tersebut akibat kecederaannya.

JUSTIN HO

BAM turut mengeluarkan kenyataaan berhubung insiden tersebut dengan memberitahu bahawa pemain berusia 19 tahun itu akan menjalani pembedahan pada Rabu.

Pada edisi lalu di Hanoi, Vietnam, Malaysia berjaya mencapai sasaran dengan membawa pulang satu pingat emas dan perak menerusi acara beregu campuran, apabila kedua-dua pasangan yang terdiri daripada Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See berjaya mara ke peringkat final.

Kejayaan itu juga menamatkan kemarau 23 tahun pingat buat Malaysia selepas kali terakhir memenangi acara tersebut dalam Sukan SEA Brunei 1999.

Satu lagi pingat perak diraih menerusi acara berpasukan lelaki, selepas mereka tewas 0-3 kepada Thailand yang mana kejayaan itu mengekalkan pencapaian yang dicipta di Manila 2019 dalam acara sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya