Influenza musnahkan impian Pearly

Influenza musnahkan impian Pearly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menerima tamparan apabila terpaksa melupakan khidmat beregu wanita utama negara, Pearly Tan dalam Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 hingga 30 April depan kerana diserang virus influenza.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menjelaskan anak buahnya itu sudah dimasukkan ke hospital untuk pemantauan rapi.

Pearly yang bergandingan dengan M.Thinaah diletak sebagai pilihan kelapan kejohanan sepatutnya menentang pasa­ngan Thailand, Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kitithrakul di pusingan pertama.

Bagaimanapun Pearly dijang­ka pulih menjelang kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei depan, yang turut menawarkan mata ranking kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024

“Dia berasa tidak sihat pada Isnin selepas melalui sesi latihan yang baik.

“Mentaliti dan komitmennya amat positif untuk menghadapi kejohanan Asia tetapi ketika hadir pada latihan keesokan hari, dia menggigil kesejukan kerana demam,” jelas Rexy kepada Utusan Malaysia semalam.

Ketiadaan Pearly dan Thinaah bakal membuka ruang untuk satu lagi pasangan negara, Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan yang diletak dalam peringkat kelayakan untuk diserap masuk ke undian utama bersama-sama satu lagi pasangan negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien.

Edisi lalu yang diadakan di Manila, Filipina menyaksikan Pearly dan Thinaah berjaya mara sehingga ­ke peringkat suku akhir sebelum ditunjukkan jalan ­keluar oleh pasangan Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya