Hati-hati memandu, jangan asyik main telefon - Hannah

Hati-hati memandu, jangan asyik main telefon – Hannah

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) memeriahkan sesi fotografi khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 bersama atlet kebangsaan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga sukan beragama Islam ­seperti juga rakyat Malaysia lain, tidak terkecuali daripada teruja ­untuk pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengi­ngatkan kepada semua atlet yang pulang ke beraya ­dengan menaiki kenderaan agar berhati-hati ketika memandu.

“Nasihat saya kepada semua atlet yang balik kampung berhati-hati di jalan raya dan pastikan anda fokus memandu kereta.

“Jangan tengok telefon bimbit sahaja, nasihat ini untuk semua orang sebenarnya yang menggunakan jalan raya,” katanya sewaktu sesi fotografi bersama para atlet kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil baru-baru ini.

Turut serta pada sesi fotografi tersebut, Ketua Pengarah MSN, Datuk Shapawi Ismail.

Beliau juga berharap atlet-atlet yang pulang ke kampung halaman dapat meluangkan masa mereka bersama keluarga dan sanak-saudara.

Selain itu, Hannah turut menasihatkan warga sukan agar menjaga diet masing-masing ketika menikmati juadah hari raya.

Jelasnya, jangan sesekali mempersiapkan sebulan berpuasa, dengan mengambil makanan tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Ingatan ini sebenarnya ­bukan untuk atlet semata-mata, ia juga satu ingatan buat diri saya dan semua orang, saya harap kita jaga diri kita.

“Selama sebulan berpuasa, jaga sikit makanan yang kita ambil semasa raya, kalau tidak semua kilogram yang kita hilang nanti patah balik dengan cepat semasa raya,” ujarnya.

Atlet negara tidak mempunyai cuti yang panjang kerana Sukan SEA akan membuka ­tirai di Kemboja, 5 Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya