Hasrat Selangor tak kesampaian

Hasrat Selangor tak kesampaian

PEMAIN- pemain Sabah FC mempamerkan riak muka gembira selepas berjaya memenangi perlawanan manakala pemain Selangor kecewa gagal meraih mata di Stadium Likas pada aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan. – IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian Selangor untuk meleburkan rekod kebal Sabah di Stadium Likas tidak kesampaian selepas tewas 2-1 dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui pasukan kendaliannya sukar memburu kemenangan di laman skuad “The Rhinos”.

Selangor yang sebelum ini berjaya meraih kejayaan selesa dalam empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri bagaimanapun terpaksa mengaku kalah ketika bertemu Sabah.

“Saya fikir perlawanan ini sukar untuk kami, kita tahu Sabah bermain agresif di laman sendiri dan kita pula tidak bermain seperti biasa.

“Sudah tentu kami tidak mengekalkan momentum yang ada ada dan Sabah pula lebih dahagakan kemenangan malah mereka menang hampir semua sentuhan pertama dan kedua serta menguasai perlawanan,” kata Cheng Hoe.

BADDROL Bakhtiar (tengah) meraikan jaringan kedua buat Sabah bersama rakan sepasukannya ketika aksi Liga Super berdepan Selangor di Stadium Likas. – IHSAN FB SABAH FC

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memuji semangat tidak mengaku kalah anak buahnya yang berjuang sehingga minit terakhir untuk memburu kemenangan.

Kemenangan 2-1 ke atas Selangor di Stadium Likas juga membolehkan skuad “The Rhinos” mengekalkan rekod bersih di laman sendiri selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Super.

Kim Swee mengakui anak buahnya berdepan tentangan sengit daripada Selangor selaku pasukan yang berada di tangga kedua Liga Super, namun kesungguhan pemain akhirnya berjaya memberi kemenangan kepada pasukan.

Walaupun ada kesilapan yang menyebabkan gawang Sabah dibolosi pada awal babak kedua, secara keseluruhan, anak buah Kim Swee melakukan tugas yang baikdan mengawal permainan sekali gus membuat Selangor berputih mata.

“Ia satu perlawanan yang cukup sengit kerana kita tahu Selangor sebuah pasukan yang cukup baik. Namun, kita menyaingi mereka terutama pada separuh masa pertama apabila kita mengawal perlawanan dengan begitu baik.

“Tapi, dengan kesilapan kita sendiri, kita terpaksa berusaha lebih gigih pada separuh masa kedua dan pemain menunjukkan semangat juang yang begitu tinggi yang mana ini penting untuk kita mengekalkan kemenangan di Likas,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, kelmarin.

Sabah mendahului permainan menerusi sepakan penalti Saddil Ramdani pada minit ke-24, namun dipadamkan Selangor pada minit ke-51 hasil ledakan Faisal Halim.

Sepakan percuma Baddrol Bakhtiar kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-64 dan kelebihan itu kekal sehingga masa permainan tamat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya