Harimau Malaya kini di kedudukan 138 dunia

Harimau Malaya kini di kedudukan 138 dunia

Harimau Malaya mahu cipta sejarah baharu selepas menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Era baharu bola sepak negara terus positif apabila kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melonjak tujuh anak tangga dari kedudukan ke-145 kepada tempat ke-138 dunia.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon menduduki kedudukan terbaik sejak 2006 hasil deretan kemenangan yang diraih dalam aksi persabahatan antrabangsa.

Peningkatan ranking itu adalah berdasarkan perkiraan semasa termasuk dua kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong baru-baru ini yang membolehkan Malaysia mengumpul 1082.13 mata.

Kedudukan skuad negara itu lebih baik berbanding Indonesia yang berada di kedudukan ke-149 (1046.14 mata) dan Singapura di tempat ke-158 dunia (1014.04 mata).

Manakala, tiga lagi negara Asia Tenggara iaitu Vietnam berada di kedudukan ke-95 dunia (1229.69 mata), Thailand berada di posisi ke-114 dunia (1171.88 mata) manakala Filipina berada di tempat ke-136 dunia (1097.67mata).

Kebangkitan yang sedang dilakukan oleh skuad ‘dream team’ dalam Harimau Malaya ketika ini diyakini mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA yang akan dikemaskini pada 22 Julai depan.

Skuad Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan ke Piala Asia di Qatar pada Januari depan selepas layak dengan menamatkan badi 43 tahun sejak kali terakhir layak secara merit pada saingan di Kuwait 1980.

Selepas ini, kuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan Solomon Islands dan Yemen pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika jendela FIFA pada Jun nanti.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya