Haaland jarang berlatih – Guardiola

Haaland jarang berlatih – Guardiola

ERLING Haaland jarang menjalani latihan bersama pasukan biarpun mengharungi musim luar biasa dengan meledak 45 gol buat Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan, bintang pe­nyerang mereka, Erling Haa­land yang sudah meledak 45 gol musim ini jarang berlatih bersama pasukan, namun dipantau rapi bagi memastikan dia sentiasa cergas.

Biarpun Haaland menghabiskan masa satu jam setengah setiap hari di Etihad Campus, namun kebanyakan waktunya diisi dengan sesi fisioterapi bersama tukang urut.

City sedar penyerang Norway itu mengalami kecederaan ketika dibawa dari Borussia Dortmund, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memanfaatkan kemampuannya bagi membantu kelab menjulang tiga trofi musim ini.

“Saya tidak tahu apa yang dia lakukan ketika di Dortmund tapi kami menjaganya 24 jam setiap hari. Kami ada doktor dan fisio yang hebat, semua di belakang Haa­land sedia memberi bantuan bila-bila masa.

“Sukar untuk memahami mengapa anda berbelanja mewah untuk seorang pemain dan kemudian meninggalkannya keseorangan.

“Tuntutan jadual yang amat padat dengan selang tiga atau empat hari bagi setiap perlawanan menyebabkan kami perlu menjaga mereka dengan cara tersendiri.

“Mereka memerlukan ­banyak perhatian, pemakanan sihat, rehat, tidur mencukupi. Untuk latihan pula, jika anda mengambil keputusan beberapa minit (berlatih), ada data mengatakan mereka tidak boleh berlatih melebih 10 atau 15 minit.

“Haaland banyak menghabiskan masa dalam pusat gimnasium berbanding di atas padang.

“Dalam bola sepak moden, pemain berlatih lebih banyak di belakang tabir berbanding di padang,” kata Guardiola.

Haaland, 22, sedang memburu rekod untuk menjadi pemain paling banyak menja­ringkan gol dalam satu musim di Liga Perdana Inggeris.

Rekod itu kini dipegang bekas pe­nyerang Manchester ­United, Andy Cole yang berkongsi ke­dudukan dengan legenda Newcastle United, Alan Shearer meledak 34 gol dalam 42 perlawanan semusim.

City kini menghuni tangga kedua Liga Perdana dengan enam mata di belakang pendahulu, Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya