Elavarasan kena bawa pemain senior ke Sukan SEA

Elavarasan kena bawa pemain senior ke Sukan SEA

E. Elavarasan (tengah) hanya akan memuktamadkan pemain yang hendak dibawa ke Kemboja, Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih skuad bawah 22 (B-22) kebangsaan, E-Elavarasan perlu memanfaatkan kuota pemain lebih umur untuk membarisi skuad ke Sukan SEA Kemboja bagi memperkuatkan pasukan yang akan bersaing dalam kumpulan ‘maut’.

Pengulas sukan, Hafizal Hamad berkata, kesempatan itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh Elavarasan memandang pasukan B-22 sedia ada dilihat memerlukan sentuhan pemain lebih umur untuk bersaing dalam temasya dwitahunan itu.

“Persiapan pasukan ketika ini bukan dalam keadaan terbaik, bukan mahu cakap mereka tidak buat persediaan tetapi, itu satu keperluan. Mereka (pemain lebih umur) di perlukan di posisi kritikal iaitu pertahanan, tengah dan juga penyerang.

“Ada pemain yang bermain dengan baik tiada dalam skuad Elavarasan sebenarnya. Jadi, khidmat pemain lebih umur ini amat diperlukan. Di barisan pertahanan, mungkin boleh bawa Shahrul Saad dan tengah pula, mungkin Nik Akif Syahiran.

“Berdasarkan persembahan ketika menentang Kemboja dan Hong Kong dalam kejohanan Merlion Cup baru-baru ini, kita boleh lihat bagaimana kapten, Azam Azmi Murad bermain di pelbagai posisi untuk menampung kekurangan pasukan.

“Secara mudahnya, kena ada elemen tambahan dalam pasukan. Bagi posisi penyerang, kita kena ada seorang penyerang tulen yang dapat melakukan kerja di bahagian hadapan, sekarang kita ada Hakimi Azim dan Najmudin Akmal.

“Untuk menambah keyakinan mereka (Hakimi dan Najmudin), saya harap kedua-dua pemain ini akan dapat diberikan kepercayaan diturunkan lebih kerap diperingkat kelab untuk menambahkan lagi keyakinan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Misi Malaysia untuk merampas pingat emas bola sepak lelaki Sukan SEA di Kemboja yang akan bermula 29 April hingga 16 Mei depan dilihat berliku apabila diundi dalam kumpulan ‘maut’ bersama Vietnam dan juga Thailand.

Selain akan berdepan juara 16 kali, Thailand dan penyandang gelaran, Vietnam, B-22  turut diundi bersama Singapura serta Laos dalam Kumpulan B sekali gus dilihat sukar untuk memenuhi sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mereka ke final.

Untuk rekod, bekas jurulatih skuad B-23 negara, Brad Maloney mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain senior bagi menghadapi saingan bola sepak Sukan SEA Vietnam dan ketika itu perjuangan skuad kebangsaan terhenti di peringkat separuh akhir.

Mengulas lanjut, Hafizal berkata, sasaran yang diletakkan oleh badan induk bola sepak negara itu dilihat agak tinggi dan baginya secara realistik, layak ke separuh akhir sudah memadai memandang cabaran yang akan dihadapi skuad B-22.

“Persiapan pasukan perlu dibaiki dalam 35 hingga 40 peratus lagi, misalnya di posisi penjaga gol, Rahadiazli Rahalim melakukan dua kesilapan mudah berturut-turut dalam Merlion Cup. Hal sebegini perlu diberikan perhatian serius,” katanya.

Ditanya sama ada Arif Aiman Hanapi perlu ada dalam skuad B-22 ke Sukan SEA, Hafizal berkata, biarpun Arif Aiman masih layak untuk beraksi, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu sudah berada dalam kelas yang tersendiri dan Sukan SEA bukan gelanggangnya.

“Saya rasa Arif Aiman tidak perlu bermain di peringkat Sukan SEA, temasya itu bukan taraf dia. Saya berkecimpung dalam bola hampir 18 tahun, kehadiran Arif Aiman membuatkan kita teruja, apabila bola di kakinya kita tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya