Dua gol sendiri lengkapkan malam malang United

Dua gol sendiri lengkapkan malam malang United

HARRY Maguire menjaringkan gol sendiri ketika Manchester United diikat 2-2 oleh Sevilla.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Dua gol sendiri Tyrell Malacia dan Harry Maguire dalam tempoh lapan minit terakhir yang ‘mengerikan’ menyaksikan Manchester United mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 untuk diikat 2-2 oleh Sevilla pada suku akhir pertama Liga Europa, awal pagi tadi.

Marcel Sabitzer meletakkan Red Devils mendahului selesa 2-0 di Old Trafford apabila membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan lencong.

Dia kemudian menggandakan kedudukan tujuh minit berselang selepas menerima umpanan Anthony Martial, yang turut memainkan peranan penting dalam membina jaringan pembukaan.

Begitupun aksi cemerlang United pada babak pertama dibayangi layangan kad kuning Bruno Fernandes, menyaksikan bintang Portugal itu terlepas aksi timbal balik di Sepanyol minggu depan.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Antony melepaskan rembatan yang sekadar menggegar tiang.

Ketika penyokong tuan rumah menyangkakan pasukan mereka mengharungi malam yang sempurna, United dihukum menuju ke penghujung permainan.

Pada minit ke-84, tendangan Jesus Navas terkena kaki Malacia yang cuba melakukan hadangan sebelum menewaskan penjaga gol, David de Gea.

Dua minit memasuki waktu kecederaan, tandukan Youssef En-Nesyri pula terkena muka Maguire dan bola melepasi De Gea untuk melengkapkan kebangkitan hebat Sevilla.

Lebih malang buat United mereka mungkin bertandang ke Seville, Khamis depan tanpa Lisandro Martinez dan Raphael Varane akibat kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya