Tiga beregu negara teruskan cabaran Malaysia di Kejohanan Asia

Dua beregu negara teruskan cabaran Malaysia di Kejohanan Asia

ONG YEW SIN-TEO EE YI (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Perjuangan skuad badminton negara di Kejohanan Asia yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) diteruskan apabila tinggal dua beregu negara sahaja berjaya melepasi cabaran pusingan kedua sebentar tadi.

Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan berjaya mempamerkan kebangkitan sebelum memastikan slot ke suku akhir menjadi milik mereka apabila menumpaskan gandingan Jepun, Ayato Endo-Yuta Takeu dengan keputusan 10-21, 21-15, 22-20 selepas bertarung selama 48 minit.

Menanti mereka esok di suku akhir merupakan pilihan pertama kejohanan, Fajar Alfian dan Rian Ardianto.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut mengiringi slot ke suku akhir selepas mengatasi pasangan China, Cheng Xing-Chen Fang Hui dalam pertarungan tiga set dengan keputusan 12-21, 22-20, 21-15.

Kemenangan ini juga menebus kembali kekecewaan Shevon dan Soon Huat pada edisi lalu apabila perjalanan mereka tersekat di pusingan kedua.

Mereka dijadualkan bertemu pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari di peringkat suku akhir.

Bagaimanapun hasrat untuk melihat satu lagi beregu campuran, Toh Ee Wei-Chen Tang Jie mengikut jejak langkah mereka tidak kesampaian apabila perjalanan mereka disekat oleh pasangan No. 39 dunia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dengan keputusan 21-23, 21-18, 15-21.

Sementara itu, malang tidak berbau buat beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila terpaksa menarik diri ketika bertemu pilihan keempat kejohanan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Difahamkan Kai Wun mengalami kecederaan pada set kedua, sekaligus menyaksikan pasangan Jepun itu meneruskan kemaraan dengan keputusan 21-14, 11-3.

Wakil terakhir negara yang turun ke gelanggang, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula terpaksa berputih mata apabil tumbang kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yang dan Wang Chi Lin.

Biarpun memenangi set pertama dengan selesa, Aaron dan Wooi Yik diberikan tentangan sengit oleh pasangan Taiwan tersebut sehingga perlawanan diheret ke set penentuan.

Kemenangan akhirnya berpihak kepada Lee Yang-Chi Lin dengan keputusan 21-14, 16-21, 19-21.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya