Doakan saya kuat - Khalid Ali

Doakan saya kuat – Khalid Ali

KHALID ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Legenda bola sepak negara, Khalid Ali yang disahkan menghidap kanser paru-paru memohon rakyat Malaysia mendoakan agar beliau kuat menghadapi ujian.

Khalid antara wira yang membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pernah menyarung jersi Selangor masih menanti jawapan pasukan perubatan sama ada kanser yang dihidapi sudah melepasi tahap kritikal.

Kanser itu dikesan selepas Khalid mula mengalami gejala batuk tanpa henti sebelum mengatur pertemuan dengan pakar perubatan bagi memastikan tiada yang serius.

“Penyakit ini agak serius, doktor kata saya agak kuat tapi apabila saya dengar penyakit, saya berasa lemah.

“Tapi saya akan tetap berjuang. Penyakit ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan, begitu juga semangat.

“Doktor nampak saya kuat tapi dia tidak tahu bahawa saya lemah. Yalah, penyakit yang paling ditakuti.

“Saya minta doa daripada orang ramai supaya Allah permudahkan penyakit ini dan berikan saya kesihatan yang baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya