Damok di tempat ke-20 pada FP1 - Utusan Malaysia

Damok di tempat ke-20 pada FP1

DAMOK ketika meninjau keadaan Litar Jerez menjelang GP Sepanyol, hujung minggu ini. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman mencatat kedudukan ke-20 terpantas pada sesi ujian rasmi pertama (FP1) menjelang Grand Prix (GP) Motosikal Sepanyol di Litar Jerez, hujung minggu ini.

Anak muda berusia 21 tahun yang bernaung di bawah pasukan berpangkalan di Sepanyol, MT Helmets-Msi itu melakar masa sepusingan 1 minit 48.074 saat (s), ketinggalan 1.901s di belakang pendahulu, Deniz Oncu dari Turki.

Syarifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Damok berazam untuk menebus kekecewaannya setelah terjatuh ketika beraksi pada GP Amerika, dua minggu lalu.

Impian Damok untuk mengutip mata keduanya selepas mengumpul lima mata pada GP Argentina berkecai apabila keadaan motosikalnya tidak mengizinkannya kembali ke dalam perlumbaan yang dilangsungkan di Texas itu.

Kali ini, Damok kembali dengan prestasi yang lebih yakin untuk menyambung perjuangannya memburu mata dalam perlumbaan pusingan keempat di litar kegemarannya itu.

“Saya memang tidak sabar untuk kembali beraksi, lebih-lebih lagi Litar Jerez ini adalah trek kegemaran saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ZK Racing di sini, semalam.

Mengakui mampu memacu laju jenteranya di Jerez, Damok berharap dia dapat terus mempamerkan peningkatan bersama pasukannya.

“Saya mengintai peluang untuk mendapatkan keputusan yang baik di Jerez dan saya agak pantas di litar ini,” ujar pelumba kelahiran Selangor itu.

Damok kini menghuni kedudukan ke-20 dalam Kejuaraan Motosikal Dunia bagi kelas Moto3 setelah mengumpul lima mata.

Pendahulu bagi kelas tersebut ialah pelumba Sepanyol, Daniel Holgado yang berkongsi 49 mata dengan rakan sepasukan Damok, Diogo Moreira dari Brazil, manakala di tempat ketiga menjadi milik Xavier Artigas juga dari Sepanyol yang kini mengutip 32 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya