Chong Wei mahu lunas 'hutang' emas

Chong Wei mahu lunas ‘hutang’ emas

PENCAPAIAN terbaik badminton dalam Sukan Olimpik adalah meraih enam pingat perak dan tiga gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gagal memenangi pingat emas dalam empat penampilan Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk menebus ‘hutang’ itu apabila dilantik sebagai pengurus pasukan badminton Road to Gold (RTG) yang membawa misi memenangi emas pertama Olimpik.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mencadangkan nama pemenang tiga pingat perak Olimpik itu kepada Jawatankuasa RTG untuk menjadi pengurus pasukan badminton kerana yakin statusnya sebagai ikon mampu menjadi penyuntik semangat buat 11 pemain yang diserap dalam projek berkenaan.

Bagi Chong Wei, 41, ini kesempatan terbaik untuk menebus kekecewaan lalu selepas penampilan sulung di Athens 2004 berakhir tanpa sebarang pingat sebelum dia meraih perak bermula di temasya Beijing 2008, London 2012, diikuti Rio de Janeiro 2016.

Chong Wei juga pernah ditawarkan tugas Chief de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, namun terpaksa menolak tawaran itu pada saat akhir kerana masalah kesihatan dan digantikan dengan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib.

JAWATANKUASA Road to Gold yang bersidang baru-baru ini.

“Tugas saya adalah untuk membantu memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik, bukan sahaja buat saya, tetapi untuk seluruh negara kerana itu lebih penting.

“Tugas ini bukan mudah buat saya yang kini menjadi pegawai sukan, tetapi banyak yang boleh saya belajar.

“Sukar juga untuk saya menolak pelawaan Tan Sri (Mohamad) Norza (Zakaria, Presiden BAM) dan YB Hannah (Yeoh, Menteri Belia dan Sukan) kerana saya tidak boleh kata tidak kepada mereka,” jelas Chong Wei.

Bekas pemain No. 1 dunia itu ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam ketika menghadiri mesyuarat bersama BAM, selain berjumpa beberapa perseorangan lelaki negara, seperti Ng Tze Yong bagi mendapatkan gambaran situasi mereka dalam kem kebangsaan ketika ini.

“Saya tahu saya sendiri tidak dapat membawa pulang emas ketika bergelar pemain, saya dah usahakan yang terbaik.

“Saya galas tugas ini bukan sekadar mahukan jawatan dan dapat pergi ke Paris, hari ini (semalam) saya sudah mulakan tugas dengan hadiri mesyuarat dan bertanyakan keperluan atlet bagi membantu mereka.

“Saya tahu kelayakan masih belum bermula kerana ia hanya akan bermula 1 Mei depan, tetapi kita berharap Tze Yong akan layak sama supaya ada dua pemain perseorangan lelaki negara di Paris nanti bersama (Lee) Zii Jia,” tambah Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya