LONDON: Bola golf yang digunakan oleh Tiger Woods ketika merangkul kejuaraan Masters pertamanya pada 1997 dilelong pada harga AS$64,124 (RM283,217).
Barang bernilai itu dijual oleh Golden Age Auctions dalam majlis lelongan hujung minggu lalu.
Julian Nexsen yang berusia sembilan tahun pada 1997 menerima bola itu daripada Woods ketika menonton kejohanan tersebut.
Bola itu diserahkan oleh bekas pemain No.1 dunia itu kepada Nexsen selepas menyempurnakan lubang kelima yang turut menyaksikan
Woods muncul juara Masters buat kali pertama pada usia 22 tahun.
Nexsen membuka bidaan bermula dengan harga AS$500 (RM2,208) dan telah menarik minat 53 pembida.
“Ia bola milik Tiger Woods, melainkan dia atau kedinya, Fluff tampil menafikan bola tersebut tidak digunakan di pusingan akhir yang penuh bersejarah itu.
“Ini mungkin satu-satunya bola yang disahkan dari pusingan akhir dan kemenangan pertama Woods dalam kejohanan utama,” tulis Golden Age Auctions ketika menghuraikan mengenai bola itu.
Ada beberapa saksi turut mengesahkan bola tersebut digunakan oleh woods.
Selepas merangkul gelaran Masters pertama di Augusta pada 1997, Woods merangkul empat lagi kejuaraan pada 2001, 2002, 2005 dan 2019. – AGENSI