Berapa pingat emas Malaysia mahu?

Berapa pingat emas Malaysia mahu?

TIMBALAN Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA, Sharon Wee (depan, kiri) bersama peserta Larian Obor Sukan SEA 2023 di Putrajaya. - IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menyamai pencapaian tahun lalu? Memburu rekod terbaik Sukan SEA atau sekadar mencari pendedahan?

Sasaran sebenar kontinjen Malaysia dalam edisi ke-32 Sukan SEA yang berlangsung di Kemboja dari 5-17 Mei depan akan diumum pada 30 April ini iaitu pada hari penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), ­Jefri Ngadirin berkata, sasaran akhir hanya dapat diperincikan selepas mereka duduk semeja dengan semua pemegang taruh dalam bengkel penetapan sasaran esok.

Bengkel itu akan melibatkan wakil persatuan sukan, ketua jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Tegasnya, sasaran yang akan diumum kelak ba­kal mengambil kira pel­bagai aspek, termasuk kekuatan Malaysia dalam beberapa sukan, selain kemampuan atlet muda yang dipertaruhkan.

HANNAH Yeoh (dua, kanan) membawa obor Sukan SEA 2023 bersama Hamidin Mohd. Amin dalam Larian Obor Sukan SEA 2023 di Putrajaya semalam.

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Nasir Ali sebelum ini mahu Malaysia memperbaiki catatan di Hanoi tahun lalu iaitu 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, yang merupakan pencapaian terburuk negara sejak 1983.

“Kalau kita lihat di Kemboja kali ini, ada 18 jenis sukan tradisi dipertandingkan yang mana kita tiada kekuatan atau tidak pernah menyertainya.

“Jadi, memang sukar untuk kita menilai prestasi atlet kita.

“Pada masa yang sama, ada sukan-sukan tertentu yang tidak dipertandingkan di Kemboja tetapi dipertandingkan di Vietnam (tahun lalu).

“Jadi, ini akan ­me­ngurangkan sasaran pingat kita tetapi kita yakin sukan-sukan lain yang biasa dianjurkan di Sukan SEA dan dipertandingkan di Kemboja akan pamer prestasi terbaik.

“Perkara ini semua kita kena ambil berat, penetapan sasaran bukan perkara ringan.

“Kita perlu menilai dari semua aspek sebelum kita menetapkan sasaran,” kata Jefri ketika ditemui pada Larian Obor Sukan SEA Kemboja yang dimulakan di Perkarangan Menara Kementerian Belia dan Sukan, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya